Zaujah Orang Ler

Zaujah Orang Ler

Jumaat, 20 Julai 2012

Ramadhan


Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku keatas kamu. Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan...

Ya Allah,
Berkahi kami selama Rajab & Sya'ban
dan sampaikan kami ke
Ramadhan


HARAPAN RAMADHAN



Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna

Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu

Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan...semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya

Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar

Ku memohon pada Tuhan dberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah
Dengan rahmatMu
oh Tuhanku...
Ku tempuh jua.

Harapan padaMU Subur Kembali



Wahai Tuhan ku
Yang Esa
Bila kenangkan
QaharMu

Rasa gerun
Di hatiku
Kerana
Takutkan seksaMu

HambaMu rasa
Berputus asa
Siapakah dapat
Bersihkan diri

Dari segala
Dosa yang memburu
Setiap hari
Setiap ketika

Tika
Mengenang GhaffarMu
Putus asa
Tiada lagi

Semangatku
Pulih semula
Harapanku
Subur kembali

Ujian menimpa
Menekan di jiwa
Tak sanggup
Meneruskan perjuanganku

MehnahMu itu
Penghapus dosaku
Mengganti hukumanMU
Di akhirat

Di waktu
Mengenang rahmatMu
Terasa diri
Kurang bersyukur

PadaMu harus
Ku memohon
Moga syukur
Ku bertambah

Alangkah susahnya
Mendidik nafsuku
Yang tidak
Melihat kebenaranMu

Ya Allah
Tuhanku
Bantulah hambaMu
Dalam mendidik
Jiwaku ini

Ramadhan Menjelma Lagi

Ramadhan Bulan Berkat <3

Bulan ramadhan bulan yang berkat
Bulan rahmat dan bulan utama

Pahala digandakan, doa diterima
Bulan Lailatul Qadar yang istimewa

Isilah bulan ini,
Banyakkan amalan
Beribadah malam,
Siang berpuasa

Banyakkanlah sedekah
Jangan dikira
Moga ia menjadi penebus dosa

Membaca al-Quran
Jangan dilupakan
Zikir dan tasbih
Elok disertakan

Meriahkan Ramadhan
Dengan bermacam cara
Agar Ramadhan
Tidak sia-sia

Hindarkanlah dosa
Dis setiap anggota
Kalau boleh dosa
Hati jua

Kerna dosa itu
Merosakkan pahala
Agar kita tidak
Mensiakan Ramadhan

Isilah Ramadhan
Dengan sebaiknya
Kerna ia datang
Setahun sekali

Tahun hadapan belum
Tentu jumpa
Kerna kita mati
Bila-bila masa

Bulan ramadhan bulan yang berkat
Bulan rahmat dan bulan utama

Pahala digandakan, doa diterima
Bulan Lailatul Qadar yang istimewa

Jumaat, 6 Julai 2012

Kadang - Kadang

kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memprotes..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam persetujuan..

TAPI....

Biarlah DIAM kita mereka faham ertinya..
Biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya..
Biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya..
Biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya..

KERANA...

DIAM kita mungkin disalah tafsir ,
DIAM kita mungkin mengundang syak wasangka ,
DIAM kita mungkin disilap terjemah..
DIAM kita mungkin tidak membawa apa-apa maksud..

MAKA..
Jika kita merasakan DIAM itu terbaik.. seharusnya kita DIAM.. namun seandainya DIAM kita bukanlah sesuatu yang bijak.. berkatalah sehingga mereka DIAM…

Ana Ukhti Hafizah

Ana tahu ana TIDAK CANTIK..tapi, walaupun ana tidak cantik..ana tetap ada KELEBIHAN :
...
?~ Kerana ana tidak cantik..ana tidak jadi KORBAN gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.. 

 ?~ Kerana ana tidak cantik, ana dapat MEMELIHARA DIRI ana dari pandangan bernafsu lelaki2 yang tidak menjaga pandangannya.. 

 ?~ Kerana ana tidak cantik, ana SELAMAT dari menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.. 

?~ Kerana ana tidak cantik, ana tidak mendapat FITNAH dan CEMBURU dari wanita2 lain.. 

  ?~ Kerana ana tidak cantik, ana TIDAK MENGHARAPKAN pujian dari lelaki2 dan wanita manapun... 

 ?~ Dan kerana ana tidak cantik, akhirnya ana menemukan "INSAN" yang IKHLAS MENCINTAI ana seadanya.. 

 ?~ Kerana ana tahu..ana tidak cantik pada pandangan manusia..
maka ana akan selalu BERUSAHA agar kelihatan CANTIK pada PANDANGAN ALLAH..
karena bukan kecantikan dunia yang ana kejar..tetapi KECANTIKAN di AKHIRAT kelak.. <3 <3 <3

Ummi Oh Ummi

TANGAN SEORANG UMMI.

Ketika kita lapar…tangan UMMI yang menyuap,
Ketika kita haus…tangan UMMI yang memberi minuman,
Ketika kita menangis…tangan UMMI yang mengesat air mata,
... Ketika kita gembira…tangan UMMI yang menadah Syukur,memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia,
Ketika kita mengantuk…tangan UMMI yang dodoikan dengan penuh kasih sayang,
Ketika kita mandi…tangan UMMI yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran,
Ketika kita dilanda masalah…tangan UMMI yang membelai duka sambil berkata:Sabar nak, Sabar ye sayang
Namun,

Ketika UMMI sudah tua & kelaparan…tiada tangan dari anak yang menyuap,
Dengan tangan yang menggeletar, UMMI suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,
Ketika UMMIsakit…di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?
Ketika nyawa UMMI terpisah dari jasad…
Ketika jenazah UMMI nak dimandikan…
di mana tangan anak yang UMMI harapkan untuk menyirami jenazah UMMI buat kali yang terakhir.
Tangan UMMI,…
Sentuhan UMMI, sentuhan kasih…
Boleh membawa ke Syurga Firdausi…
Ciumlah tangan UMMI,
Sebelum UMMI pergi bertemu Illahi dan takkan kembali lagi…


Ikhlas

bukan mudah untuk ikhlas. Semakin dicari semakin misteri.Memang ikhlas itu rahsia dalam rahsia ALLAH.Melakukan sesuatu kebaikan bukan kerana ALLAH..itu tidak ikhlas….Meninggalkan satu kejahatan bukan kerana ALLAH…itu pun tidak ikhlas…..

"*¨*•.¸¸ <3 Teringat pula pesanan Iman Ghazali..ketika muridnya bertanya..."Tuan,bagaimana keadaanku..ketika mulutku berzikir..tetapi hatiku masih lalai...<3 "........Lalu Iman yg arif dalam keajaiban hati itu pun berkata"Teruskanlah berzikir walau hatimu lalai kerana sekurang-kurangnya lidahmu akan terselamat daripada berkata-kata yg kotor dan sia-sia.... "*¨*•.¸¸?Teringat pula apa yg ditanyakan oleh Abu Hurairah kepada Nabi Muhammad s.a.w…tentang seseorang yang mengerjakan solat tetapi masih mencuri. Lalu Rasulullah saw menegaskan solat orang itu lambat laun akan menghilangkan tabiatnya yang buruk itu… <3 jangan mengukur kesempurnaan digaris permulaan amal. Beramallah walau hati terganggu oleh mazmumah dan ikhlas diintai oleh riak dan sum'ah. Pedulikan ujub yg menanti masa untuk menyusup. Tegar dan relakan sahaja <3 <3 Jika dirimu masih melakukan kejahatan, ingatlah itu bukan alasan untuk berhenti melakukan kebaikan. Bahkan iringilah perbuatan dosa dgn kebaikan kerana kebaikan itu lambat cepat akan menghapuskan kejahatan… Teruskanlah wahai diriku seikhlas mungkin..walaupun ku tahu ikhlas itu sangat rahsia( <3 <3 <3 ) 


Tips dari Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani

Untuk sentiasa bersangka baik sesama insan:

(`'•.¸ Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.Ucapkan dalam hatimu :
“Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.

... ... (`'•.¸ Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
“Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku”..

(`'•.¸ Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
“Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.”

(`'•.¸ Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):“Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”

(`'•.¸ Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :“Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.”

(`'•.¸ Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
“Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk..

InsyaAllah..muhasabah bersama..^^


Selasa, 3 Julai 2012

Jangan Mudah Berputus Asa

Kalau orang menghina kita,bukan kita terhina,
yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri..

Diam orang mukmin itu ibadah,
Ibadah tanpa perbuatan,
... Ibadah rasa,
Ibadah ini tidak meletihkan,

Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Yang hatinya didalam kelalaian,
Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?

Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,

Atau dia meniatkan,dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu,
kalau dia bercakap,
Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau,
Kalau dia bercakap,takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu,menghormati percakapan orang,
 
 
Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,
Baik atau jahat,
Dia biarkan saja orang itu bercakap,
Dan mendengar sahaja,
Kerana nak mengenal orang itu,

Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,
Yang telah dibuat,supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan..
InsyaAllah..
 

 jika mereka sibuk mencari
pasangan,

biarlah kita sibuk mencari
keredhaan..

jika mereka menangis kecewa
disebabkan percintaan,

biarlah kita menangis
mengenangkan dosa-dosa
semalam..

jika mereka cinta manusia,
biarlah kita cinta TUHAN..

jika mereka dambakan
kehidupan dunuawi,
biar kita dambakan ukhrawi..

CINTALAH DIA ALLAH YG
MEMILIKI SEGALA-GALAN
 
 
 

JANGAN DITANYA... TAPI TANYALAH...

<3 JANGAN DITANYA kenapa dan mengapa Allah memberi sesuatu UJIAN kepada kita, karena Dia lebih
mengetahui apa yang ditentukannya.

<3 JANGAN DITANYA kenapa dan mengapa NIKMAT itu tidak kita dapatkan, karena Dia lebih memahami
keperluan dari kehendak diri kita.

Tetapi, TANYALAH...

<3 Kenapa dan mengapa kita sukar MENERIMA sesuatu dengan IKHLAS,

<3 Kenapa dan mengapa kita tidak pernah menSYUKURi nikmat yang diberi-Nya,

<3 Kenapa dan mengapa kita selalu berSANGKA BURUK dengan Pencipta kita,

<3 Kenapa dan mengapa kita sentiasa MELAKUKAN apa yang DILARANG-Nya.

Semoga kita boleh mengambil HIKMAH daripada ayat diatas..

 

Wahai Lelaki Termasukkah Kau Di Dalam Senarai Ini:

1) Taat kepada Allah dan Rasul-Nya.

2) Mempunyai ilmu pengetahuan agama. Berhemah tinggi dan cermat.

3) Dapat melayan isteri dengan baik kerana sebaik-baik suami ialah yang bersikap baik kepada isterinya.

4) Mempunyai sifat berjuang untuk mencapai kejayaan dalam hidup.

5) Sentiasa tenang dan waspada.

6) Selalu bertaubat dan membanyakkan amalan-amalan sunat.

7) Tidak mengharapkan pujian dan balasan tertentu jika melakukan sesuatu untuk isteri.

8) Tidak takut kepada cercaan orang yang suka mengumpat dan mencela dan sentiasa melindungi diri dan keluarga agar tak menjadi bahan kejian.

 9) Mengetahui dan faham serta mengamalkan kewajipan dengan baik.

10) Bersifat lapang dada dan penyantun serta pemaaf tetapi biarlah kena pada tempatnya.

11) Bersifat pelindung dan bertanggungjawab.

12) Bersifat tegas tetapi lemah-lembut dan penyayang.

13) Berpendirian teguh.

14) Bersifat terbuka dan matang.

15) Bertimbang rasa dan memahami jiwa wanita.

16) Mempunyai sifat kepimpinan.

17) Boleh berbincang dan berterus-terang.

18) Penyabar.

19) Mempunyai perancangan dan matlamat hidup yang jelas.

20) Cerdik dan bijaksana.

 21) Peramah dan mesra.

22) Kerjaya yang terjamin tak semestinya kaya.

23) Berwawasan untuk kesejahteraan dunia dan akhirat.

24) Sentiasalah bersikap romantik walaupun telah lama berkahwin.

25) Jangan cakap kasar dan panas baran tak tentu pasal.

26) Menghormati isteri dan jangan membiarkan isteri sendirian ketika sakit atau memerlukan pertolongan.

27) Jaga penampilan agar tidak selekeh semasa berada dirumah.

28) Hindari sikap malas dan berkerjasama ketika isteri melakukan kerja rumah.

29) Jangan terlalu merungut dan membanding-bandingkan isteri dengan wanita lain.

30) Sayangilah orang yang sentiasa mengambil berat tentang anda.

Lelaki Soleh

LELAKI
Di Sebalik Kerasnya Lelaki, Mereka juga Menangis ~ Tetapi Air Matanya Jarang Mengalir
LELAKI
DI Luar Semuanya Terkawal, Bkn Krn EGO Ttpi Menangis Bg Lelaki Adalah Tlalu Pribadi, Sbb Lelaki Perlukan Ruang Utk Bsendirian Menangis tanpa D Perhatikn~
LELAKI
... ... ... Sekeras2nya Lelaki pasti Mengalirkn Air Mata Tatkala Rindu Mencengkam JIwa Insan Yg D sygi Pergi Bt Selama2nya ~

TANGISAN 'LELAKI SEJATI' ADA KEKUATAN TERSEMBUNYI YG LUARBIASA.. :)


 ~.Kadangkala diri BERTANYA..betul ke Allah sayang aku? Eleh, perasan je lebih..kalau Allah sayang, takkanlah kamu jadi macam ini..tiba-tiba teringat kata-kata seorang ukhti, SYAITAN akan cuba menghadirkan perasaan bahawa Allah tidak sayang kita..hati-hati..

Betul juga ya, waktu kita melakukan DOSA dan waktu kita ditimpa DUGAAN..kita akan merasakan bahawa Allah sudah tidak sayang kepada kita se...bab beri kita pelbagai dugaan hidup..maka, bertambah JAUHLAH diri kita dari Allah dan TERCAPAILAH MISI syaitan..tetapi jika setiap kali kita merasakan seperti itu, apa yang PERLU kita lakukan? ~

>>> KATAKAN PADA DIRI :
"Allah SAYANG kamu, segala dosa yang telah dilakukan(setelah diinsafi), segala dugaan yang dilalui(setelah direnungi) adalah untuk menjadikan dirimu LEBIH DEKAT dengan Allah..ya, lebih dekat untuk merasai KASIH SAYANG



"Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu AMAT DEKAT.”
(Surah Al-Baqarah : 214)


 

Isnin, 2 Julai 2012

NUR KASIH

Bagaikan permata di
Celahan kaca

Kedipnya sukar untuk
Dibezakan

Kepada-Mu Tuhan ku
Pasrah harapan
Moga tak tersalah
Pilihan

Nur Kasih Mu
Mendamai di kalbu

Jernih setulus
Tadahan doaku

Rahmati daku dan
Permintaanku untuk
Bertemu di dalam restu

Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata
Penawar di hati

Di dunia dialah penyeri
Di syurga menantu
Dia bidadari

Kekasih sejati
Teman yang berbudi
Kasihnya bukan
Ketepaksaan
Bukan jua kerana
Keduniaan
Mekar hidup
Disiram Nur Kasih

Ya Allah...
Kurniakanlah kami
Isteri dan
zuriat yang soleh
Sebagai penyejuk mata

Di tangan Mu
Tuhan ku sandar
Impian
Penentu jodoh
Pertemuan
Seandainya dirinya
Tercipta untukku
Relaku menjadi miliknya

Mekar Disiram Nur Kasih
 
 
 

Saat Lafaz Sakinah

Bismillah

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh

 Saat Lafaz Sakinah

Pesanan khas untuk si suami daripada wali seorang wanita...

Didalam...
Saat Lafaz Sakinah...

Dengarlah wahai si suami...

Jagalah amanah wali isterimu...

Heningnya...
Sunyi suasana...
Lafaz sakinah bermula...

Apa rasa...
Diterjemah hanya...
Sebah abah...
Tangis ibunda...

Adalah aku...
Wali puteriku...
Serah kini...
Amanahku ini padamu...

Nafkahilah dia...
Curah kasih dan cinta...
Lebih dari...yang ku
berikan kepadanya...

Ingatlah bahawa isterimu itu
Adalah amanah daripada Allah
Didiklah ia dengan agama
Agar keturunan mu jua
Terdidik dengannya

Dulu esakannya...
Sandar di bahuku...
Tangisannya kini...
Ku serah padamu...

Bukan bermakna...
Dia bukan miliku...
Fitrahnya...
Perlukanmu...

Jadikanlah dia...
Wanita syurga...
Mengerti benar...
Akan maharnya...

Taat itu bukan...
Hanya pada nama...
Indah ia...
Pada maksudnya...

"Ya Tuhan kami
berikanlah kepada kami
pasangan dan anak-anak (zuriat)
yang menjadi penyejuk mata
dan jadikanlah kami pemimpin
kepada orang yang bertakwa."
(25:74)

Ku akur...
Akan pesanmu...
Puterimu kini amanahku...
Iringilah...
Dengan doamu...
Bahagia kami dari redhamu...

Terlepaslah sudah dosa
tanggungan walinya...

Kini suamimulah
pemikulnya... 


KERANA CINTA


 Cinta itu
Cahaya sanubari
Kurniaan Tuhan
Fitrah Insani
Dan di mana
Terciptanya cinta
Di situ rindu bermula

Cinta itu
Tidak pernah meminta
Tetapi memberi sepenuh rela
Rasa bahagia biarpun sengsara
Berkorban segala-gala

Semua kerana cinta
Yang pahit manis dirasa
Menghibur nestapa merawat luka
Damai dijiwa

Terpadam api benci permusuhan
Terjalinlah kasih sayang

Begitulah cinta yang diidamkan
Tanpa nafsu yang mencemarkan

Dan jangan pula
Kerana bercinta
Kita pun leka
Entah kemana

Dan jangan pula
Kerana bercinta
Tergadai semua
Maruah agama

Cinta yang sejati hanya
Cintakan Ilahi

Cinta ayah bonda
tulus suci selamanya

Cintakan saudara
Masa berasa hanya sementara

Cinta sesama insan
Suburkan dengan ketaqwaan

-Only Allah Knows-

I keep my feeling,
I hide my feeling..
in my heart

To cover my love,
my hiding love
deep in my heart

Ya Allah,
I want Your guidance,
Please send me a true love,
to accompany me,
to cheer my heart,

Ya Allah,
Give me the lasting peace,
for me to face,
the restless of my heart,
in wanting the love,
of my beloved one...

Deep in my heart,
Only Allah knows,
Deep in mu heart,
I miss you

Deep in my heart,
I am waiting for
your presence

Only you,
the girl that i
choose

Ya Allah,
Give me the lasting peace,
for me to face,
the restless of my heart,
in wanting the love,
of my beloved one...

Deep in my heart,
Only Allah knows,
Deep in mu heart,
I miss you

Deep in my heart,
I am waiting for
your presence

Because of the
restriction, the
costum and the
syariat,

Testing the
strength of the
faith

The faith of a
man who is in love