Zaujah Orang Ler

Zaujah Orang Ler

Khamis, 14 Februari 2013

Jumaat Yang Barakah....

Bismillah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah, pagi jumaat yang barakah... <3

Bersyukur ke hadrat Ilahi, malam tadi, ana keluar jalan-jalan, makan kat luar, first time memakai purdah ketika makan, pada mulanya ummi ana risau, bolehkah ana makan ketika memakai purdah

ana kata, insyallah boleh, alhamdulillah, THANK YOU ALLAH, kerana ana tahu dengan istiqamah dalam memakainya, alhamdulillah mudah untuk ana makan, malah ana suruh abg ana duduk sebelah ana, sampai orang fikir tu suami ana...alahai =_=", senyum :)

alhamdulillah, sahabat doakan ana agar dapat istiqamah ya, berbalik pada cerita tentang makan, ada seorang lelaki dan ntahlah, x pasti status mereka berdua, dah lah tidak tutup aurat langsung wanita tu, sempat dia suruh pakwe./suami ntahlah status apa, untuk ambil gambar ana, dalam hati, "ana tak relakan gambar ana diambil,  semoga Allah memberimu hidayah".

Kenapa engkau sembunyi2 mengambil gambar niqabis,
Adakah engkau merasakan dia redha andai kau mengambil gambarnya secara senyap2?

Kenapa wanita yg tidak menutup aurat, boleh engkau meminta kebenarannya?

ana tahu, pasti ada sesetengah niqabis pernah alami seperti ana, ketika makan, ada orang lain sembunyi2 ambil gambar kita...

p/s : semoga Allah memberimu hidayah, bak kata abg Mohammad Zainey Roslan
*Jom Jadi Baik !!! Tabarakallah

Selasa, 12 Februari 2013

Kini, ku sudah berpurdah...

Bismillah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Lihat tajuk semua pasti tertanya-tanya, apa yang ana tulis, huhu

Alhamdulillah, 12/2/2013, ana telah mendapat kebenaran keluarga untuk berpurdah. Ana gembira sangat-sangat, berkat kesabaran dan doa, Allah telah makbulkan, cuma cepat atau lambat sahaja, alhamdullilah, Thank You Allah...

Di facebook, ana melihat ramai post pasal niqab, purdah, kebaikan nya, dan lain-lain, ana ambil kata-kata mereka itu, terus simpan di hati insyallah, semoga ana istiqamah dalam memakainya. Tapi ana melihat sedara ana memandang ana seperti tidak senang hati. hrmm. ujian, insyallah, ana tahu Allah Maha Mengetahui, insyallah

Pagi yang barakah, ayah ana cakap, nak pakai purdah, pakailah, kami tak melarang. Dah habis tu, tiba-tiba ayah ana kata, pasal "KAHWIN", adess, izinkan ana sambung belajar dahulu hehe ^^

dalam hati (mcm dalam lampu hijau ja) hehe, dah2, ku tidak mahu memikirkannya, insyallah ada jodoh pasti berkahwin jua diri ini. tiba-tiba cakap pasal kahwin pulak, hehe, tukar topik :D

wanita berpurdah ada 2 senyuman iaitu di bibirnya dan di matanya ^_^, sejak berpurdah, rasa "SAFE" daripada lelaki, malu tu ya Allah makin makin makin bertambahhh :)

kepada yang belum berpurdah insyallah, bersabarlah dan selalu berdoa, insyallah Allah Maha Mengetahui, pasti Allah akan makbulkan, cepat atau lambat sahaja, insyallah :)

 ~ PURDAH - JILBAB - AURAT - SEKSI - FITNAH ~

● ada yang bertanya ..
● WAJAH wanita bukanlah aurat ..
● jadi mengapa perlu DITUTUP ??

● jawapannya ..
● apabila wajahmu yg BUKAN AURAT itu menjadi AURAT ..
● maka TUTUPLAH ..

● tapi bagaimana WAJAH boleh menjadi AURAT ??
● apabila ia mengundang kepada FITNAH ..

● bagaimana wajah boleh mgundang FITNAH ??
● apabila KECANTIKAN parasmu mjadi HAYALAN ramai jejaka ..
● apabila KEAYUAN wajahmu menjadikan jejaka MEMUJAMU ..
● maka disitu BERNIQABLAH ..

● ingat wahai wanita ..
● tidak perlu mdedahkan aurat bg menaikkan syahwat lelaki ..
● bahkan perlu MENUTUP semuanya ..

● kerana cukup dengan SATU SENYUMAN ..
● hati lelaki akan TERPIKAT ..
● jadi WASPADALAH wahai wanita ..
● jadilah kamu seindah PERHIASAN duniawi ..

WANITA SOLEHAH LEBIH BAIK DARI BIDADARI ..



Daripada ehem ~ Mujahed Kamal...


insyallah tak ada apa2 lagi nak kata, insyallah, doakan agar ana dapat istiqamah dalam memakainya, insyallah 


Bak kata Abg Mohammad Zainey Roslan   : Jom Jadi Baik !!! Tabarakallah




Jumaat, 8 Februari 2013

LELAKI MURAH ATAU MAHAL KAH KAMU?

LELAKI MURAH pada MATANYA,
Ketika dia MEMANDANG WANITA semaunya.

LELAKI MURAH pada TANGANNYA,
Apabila dia MEMEGANG WANITA sebebasnya.

LELAKI MURAH pada HATINYA,
Apabila dia MEMBAYANGKAN WANITA sewaktu tidurnya.

Tapi...

HEBATNYA lelaki itu,
Apabila dia berhasil MEMAHALKAN WANITA,
Hanya melalui MENIKAHINYA,
MENGAJARKANNYA ILMU AGAMA DAN MENDIDIK AKHLAKNYA.