Zaujah Orang Ler

Zaujah Orang Ler

Selasa, 18 Disember 2012

Bismillah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Ana : Ana tidak layak untuk kamu

Kau : Kenapa?

Ana : Kamu dari kalangan orang baik-baik, sedangkan saya...

Kau : Saya dan Tuhan selalu memandangmu, apa lagi?

Ana : Kamu pintar, kamu banyak peminat.

Kau : Peminat? Saya tidak perlukan mereka. Saya hanya perlukan pendamping dan pembimbing untuk anak-anak saya kelak.

Ana : Saya juga tidak dalam ilmu agama.

Kau : Kita boleh mendalaminya bersama-sama

Ana : Saya tidak cantik. Tidak seperti mereka...

Kau : Tuhan akan marah jika mendengar perkataan kamu tadi, sebab itu saya memilih kamu kerana kamu tidak menggunakan kesempatan atas kecantikan kamu.

Ana : Kamu ini kenapa? Sudah saya kata saya tidak layak, kita ibarat bumi dan langit, Terlalu banyak perbezaan.

Kau : Perbezaan membuat kita lengkap

Ana : Kamu terlalu sempurna

Kau : Belum. Akan sempurna jika kamu ada.

Ana : Cukup. Saya tidak mahu dengar lagi.

Kau : Seribu bunga tak mampu membuat kamu berlembut juga.

Ana : Temuilah ayah saya. Itu lebih berharga dari seribu bunga dan ungkapan cinta... :)

No couple before nikah ^_^



Tiada ulasan:

Catat Ulasan