Zaujah Orang Ler

Zaujah Orang Ler

Isnin, 11 November 2013

JARAK INI MENJAGA ANA DAN DIA


Ana semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukum ana..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA ana dan dia..

✿~ Dengan ‘JARAK’ ini ana dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini ana dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini ana dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini ana dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua ana dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, ana dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

  

Hanya Tuhan Yang Tahu  Ana tidak berharap untuk menjadi orang yang terpenting dalam hidupmu kerana itu merupakan permintaan yang terlalu besar bagiku... Ana hanya berharap suatu saat nanti jika kau melihatku... Kau akan tersenyum dan berkata... "Dialah orang yang selalu menyayangiku...


Carilah LELAKI yang selalu mengingatkan dirimu untuk MENGAJI,
♡ Bukan LELAKI yang selalu mengajak mu SMS TIAP-TIAP HARI
...
Carilah LELAKI yang selalu mengingatkan mu tentang MENUTUP AURAT,
♡Bukan LELAKI yang hanya tahu nak MENGURAT

Carilah LELAKI yang boleh mengajar mu MENGHORMATI ORANG TUA,
♡Kerana disitu letaknya pintu SYURGA:')





CINTA ADAM DAN HAWA



Cinta,
Andai tepat masa,
Andai kena tempatnya,
Andai sesuai orangnya,
Cinta itu punya kuasa
yang luar biasa hebatnya.

Wahai Adam,
Hati Hawa ini rapuh,
Mudah tersentuh,
Senang cinta terjatuh.

Wahai Adam,
Jika belum bersedia,
Jangan cuba menyentuhnya,
Kelak sukar untuk melepaskannya.

Kadang-kadang ia berlaku tanpa kita sedar.

★ ♥ ◆ ☆ ❤ ★ ♥ ◆ ☆ ❤ ★ ♥ ◆ ☆ ❤ ★ ♥ ◆ ☆ ❤ ★ ♥ ◆ ☆ ❤

Wahai Hawa,
Peliharalah dirimu,
Jagalah auratmu,
Kawal tutur katamu,
Taatilah agamamu,
Moga bertemu Adam yang sesuai bagimu.

Jika benar cinta itu kerana ALLAH SWT,
Maka biarlah ia mengalir mengikut aliranNya
Kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH SWT
Maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH SWT

“Dan segala sesuatu
Kami ciptakan berpasang-pasangan
Supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH SWT”
(Adz Dzariyat: 49)

★ ♥ ◆ ☆ ❤ ★ ♥ ◆ ☆ ❤ ★ ♥ ◆ ☆ ❤ ★ ♥ ◆ ☆ ❤ ★ ♥ ◆ ☆ ❤

Wahai Hawa,
Kejarlah citra pesona Muslimah
Mengapa terikut Barat?
Islam itu sudah sempurna
Janganlah abaikan ia...

Dunia kini kelam,
Gelap gelita,
Mujur ada satu cahaya,
Berjalan anggun,
Sopan, aurat terjaga,
Bersama senyuman menawan,
Itulah pesona Muslimah sejati...

- SEKADAR PERKONGSIAN BERSAMA -


♥ CINTA DAN DAKWAH ♥





Lelaki yang beragama takkan sewenang-wenangnya meng’invite’ seorang perempuan beragama untuk menjadi pasangan ‘couple’nya. ^_^

Perempuan yang beragama pula takkan sewenang-wenangnya meng’accept’ seorang lelaki beragama untuk menjadi pasangan ‘couple’nya. ^_^

♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥
♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥

Tetapi..

Lelaki yang beragama akan terus malamar seorang perempuan beragama yang memikat kalbunya melalui ibu bapa untuk dijadikan pasangan hidupnya.. ^_^,

Perempuan yang beragama pula akan bersetuju untuk menerima lamaran istimewa daripada seorang lelaki beragama yang telah memaut jiwa nuraninya untuk dipimpin menuju ke Syurga.. ^_^,

Alangkah indah jika cinta yang disemai atas kerana-Nya..
Tingkah laku cinta juga atas dasar batas-batas agama-Nya..
Bertemu cinta dalam usrah dan halaqah..
Untuk sama-sama menyebarkan dakwah di jalan fisabilillah..

♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥
♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥

Moga-moga, kita bertemu jodoh di atas jalan dakwah.. ^_^

Percayalah..
Cinta Itu Indah..
Bila Berlandaskan Al-Quran Dan As-Sunnah..
Bila Tujuannya Kerana Allah..
Bila Matlamatnya Syurga Yang Barakah.. ^_^,

I Ñ S Y Ä Å L L Ä H


CINTA BERMULA DENGAN AQIDAH (IMAN)




Ramai yang tercari-cari
cinta sejati untuk kekal
abadi, saling sayang
menyayangi sampai kemati
dan tak pernah
putus berdoa moga dapat
yang soleh/solehah???

Tetapi berapa ramai yang
berusaha untuk soleh/solehahkan
diri itu, untuk menggapai impian
memiliki calon soleh/solehah?

Jika kita berusaha menjadi soleh/
solehah insyaAllah, pasti akan
muncul impian dihati iaitu "Memiliki
cinta soleh solehah kekal"

Ingat JADI SOLEH/SOLEHAH
bukan cari SOLEH/SOLEHAH.
Yakinlah janji Allah
melalui firman-Nya: "...dan
wanita-wanita yang baik
untuk lelaki-lelaki yang
baik..." (An-Nur:26)

Iman mestilah dijadikan
persoalan teras dan asas dalam
sebuah keluarga. Ini sewajarnya
menjadi dorongan utama untuk
berumah tangga.

Tujuan berumah tangga
hendaklah hendaklah difokuskan
semata-mata untuk mendapat
keredhaan Allah.

Oleh kerana itulah
Rasulullah SAW
berpesan bahawa pilihlah
pasangan hidup dibuat
atas dasar kepatuhan agama.

Sesiapa yang mematuhi
pesanan Rasulullah SAW ini
secara automatik telah
menjadikan iman 'akidah'
sebagai dasar rumahtanggannya.

Dia telah meletakkan
kepentingan Allah dan Rasul
mengatasi kepentingan diri.

Mungkin dia sendiri inginkan
calon yang cantik @ kacak dan
berharta tetapi kerana patuhkan
Rasulullah SAW itu dia memilih
pasangan yang taat pada agama.

Mendirikan rumah tangga sering
disamakan dengan mendirikan masjid.

Masjid adalah "rumah" Allah,
maka begitulah juga rumah tangga
yang dibina atas nama Allah, ia
umpama sebuah masjid yang didalamnya
suami, isteri dan anak-anak akan
menegakkan hukum Allah.

"Nampak tak disini perlunya
cinta bermula Akidah?"

Ok cuba kita renung lagi,

Jika berlaku sesuatu yang
kusut dalam rumah tangga,
maka dengan mudah ia dapat
diungkai kerana suami dan
isteri akan merujuk kembali
kepangkal penyatuan mereka
iaitu ALLAH.

Dengan nama Allah
mereka bertemu "kahwin",
maka kepada Allah jualah
mereka merujuk segala
masalah sepanjang
berumah tangga.

Jika berlaku ujian kesusahan
atau yang tidak diingini, sikap
menyalahkan orang lain kurang
berlaku kerana masing-masing melihat
kelemahan diri sendiri sebelum
menunding jari kepada orang lain
sebaliknya berusaha mengatasi mengikut
kaedah dan jalan yang diredhai.

Sifat-sifat BURUK dapat
diatasi keparas paling minimum
bukan hanya untuk dapat keredhaan
suami isteri tapi masing-masing
buat kerana Allah.

Misalnya, isteri mampu mentaati suami
walaupun ketaatannya mungkin tidak
dihargai tapi isteri berbuat
demikian bukan mengharap balasan suami
tetapi semata-mata kerana Allah.

Adakah jaminan cara ini
lebih cepat memiliki insan Solehah?
Maksud disini bukan bererti CEPAT,
tapi mungkin lebih TEPAT kerana
cara begini ada banyak kelebihannya...

Iman umpama bulan
menerangi kegelapan

Iman ibarat bintang
menghiasi langit malam

Iman menerangi hati kita
Bak mentari terangi siang

Iman menghiasi hati kita
Yang dahulu kekosongan

Semoga tercapai impian bina
SINARMAWADDAH
"sinar kasih sayang"
keluarga bahagia itu.
Aminnn....


  

PENANTIAN....

Bismillah

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Lembut wanita kerana senyumannya
Cekal wanita kerana beraninya
Patuh wanita kerana kesetiaannya
Sabar wanita kerana imannya
Kasih wanita kerana belaianya
Lemah wanita kerana air matanya
Ikhlas wanita kerana simpatinya
Pendam wanita kerana cemburunya
Sayang wanita kerana sikap keibuannya
Tanpa wanita lelaki menjadi lemah
Kerana wanita jugalah lelaki menjadi kalah...

Lelaki acuan al-Quran
Basah lidahnya mengingat Tuhan
Tunduk pandangannya
Penuh kesederhanaan

Lelaki acuan al-Quran
Lembut tuturnya dalam ketakwaan
Quran dan sunnah jadi panduan
Akhlak nabi jadi ikutan

Lelaki acuan al-Quran
Hidup matinya kerana Tuhan

Penantian adalah satu ujian
Tetapkanlah ku selalu dalam harapan

Kerana keimanan tak hanya diucapkan
Adalah ketabahan menghadapi cubaan

Permulaan SABAR adalah pahit tetapi MANIS akhirnya...

Sabarkanlah ku
Menanti pasangan hati

Tuluskan ku sambut
Sepenuh jiwa ini

Didalam asa diri
Menjemput berkahMu

Tibalah izinMu
Atas harapan ini

Rabbi
Teguhkanlah ku di penantian ini
Berikanlah cahaya terangMu selalu

Rabbi
Doa dan upaya hambaMu ini
Hanyalah bersandar semata kepadaMu...

Ya Allah, jika ana jatuh cinta,
cintakanlah ana pada seseorang
yang melabuhkan cintanya padamu,
agar bertambah kekuatanku
untuk menyintaiMu...

Ya Muhaimin, jika ana jatuh cinta,
izinkanlah ana menyentuh hati
seseorang yang hatinya tertaut
padaMu, agar tidak terjatuh ana
kedalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana, jika ana jatuh cinta
jagalah hati ana padanya,
agar tidak berpaling
daripada hatiMu...

Ya Allah...
Jika dia benar untukku...
dekatkanlah hatinya
dengan hatiku...
Jika dia bukan milikku,
damaikanlah hatiku
dengan ketentuan-Mu...

Cintakan pada BUNGA
kan layu akhirnya
Cinta pada YANG ESA
kekal buat selamanya

Rabbi
Redhailah penantian ku ini
Hadirkanlah ketenteraman
didalam hati

Rabbi
Hanya padaMu lah
doaku ini
Duhai tempat mengadu
Segala resah diri
 

(Gambar time ambe form 5 di SMK BUKIT KATIL MELAKA, ada kem LAMBAIAN KASIH)
 

PANDUAN CARI PASANGAN

Kenapa wanita itu dikahwini?

"Wanita itu dikahwini kerana 4 perkara:
kerana kecantikannya, hartanya, keturunannya
dan agamanya.

Hendaklah kamu memilih
yang taat beragama,
nescaya kamu beruntung."
(HR Bukhari dan Muslim)

Tidak pula Nabi SAW lupa,
bagi wanita dikenakan dua
syarat dalam memilih pasangannya.

"Apabila datang kepadamu seorang lelaki
datang untuk meminang yang engkau redha
terhadap agama dan akhlaknya.
Maka nikahilah dia.
Bila tidak engkau lakukan, maka akan terjadi
fitnha di muka bumi dan akan timbul
kerosakan yang merata di muka bumi"
(HR Tarmidzi dan Ahmad)

Wahai ummiku,
Bagaimana cara hendak kenali seseorang itu
beragama?

Wahai anakku,
Lihatlah pada pengetahuan fardhu ain nya...

Menurut Imam al-Ghazali ilmu fardhu ain
terbahagi kepada dua selain berhubung cara
pelaksanaan ibadah-ibadah wajib seperti solat,
puasa, zakat, haji dan sebagainya. Ia juga
berhubung cara menghilangkan sifat yang tercela
didalam hati seperti rasa tamak, dengki, riak,
ujub dan sebagainya.

Dan menurutnya " Tidak mungkin dapat menghilangkannya
melainkan dengan mengetahui batas-batasnya, sebab-
sebabnya, tanda-tandanya dan cara mengubatinya."

Wahai ummiku,
Apakah nilai seorang wanita itu terletak pada
mahar (belanja) yang tinggi?

Wahai anakku,
Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Sebaik-baik pemberian mahar adalah yang
paling memudahkan."
(HR Hakim)

Dan Nabi SAW bersabda:
"Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah
yang sederhana belanjanya."
(HR Ahmad)

Tapi ibu, kenapa wanita itu meletakkan nilai
yang tinggi pada mahar mereka?
Itu kerana mereka merasa diri mereka itu
berstatus dan berkedudukan?

Wahai anakku,
Pernahkah kamu mendengar kisah Ummu Sulaim,
pemilik mahar paling indah?

Berkata Ummu Sulaim:
"Demi Allah, tidak mungkin seorang seperti
dirimu wahai Abu Thalhah, akan ditolak
lamarannya. Tetapi engkau laki-laki kafir,
sedang aku muslimah. Tidak halal bagiku untuk
menikahi denganmu. Tetapi jika engkau masuk
Islam, maka itulah maharku dan aku tidak akan
meminta kepadamu selain itu."
(HR an-Nasa'i)

Wahai anakku,
Teladanilah Fatimah az-Zahra puteri kesayangan
Nabi Muhammad SAW yang maharnya hanya sekadar
hasil gadaian dari baju besi.

Inilah yang dimaksudkan Nabi SAW dalam sabdanya:
"Sebaik-baik mas kahwin ialah yang lebih rendah."
(HR Abu Daud)

Wahai ummiku,
Apakah perlu untuk bersanding?

Wahai anakku,
Tidak perlulah kamu bersanding kerana itu budaya
hindu.

Jemputlah orang yang bertaqwa,
anak-anak yatim, janda serta fakir
miskin (orang yang sukar mendapat
makanan) untuk mendatangi jamuan
pernikahan dan mulaikanlah tetamu
yang hadir kerana itulah sunnah,
bukannya menjadi 'Raja Sehari'

Berkata Ali bin Abi Thalib ketika diminta oleh
Rasulullah SAW tentang mangkuk, madu dan sehelai
rambut...

"Tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik
ini. Menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan
membuat tamu senang sampai kembali pulang ke
rumahnya adalah lebih sulit dari meniti sehelai
rambut."

Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang beriman pada Allah dan hari
kemudian hendaklah ia berkata baik atau berdiam,
Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari
kemudian, hendaklah ia memuliakan jirannya dan
hendaklah ia muliakan tamunya."
(HR Bukhari dan Muslim)

Wahai anakku,
Asingkanlah tempat duduk lelaki dan wanita dalam
majlis kerana Allah SWT berpesan kepada kita
supaya saling menundukkan pandangan dan menjaga
kehormatan.

Jauhilah ikhtilat lelaki dan wanita yang sering
wujud dalam majlis-majlis perkahwinan dan
bersederhanalah kamu dalam berbelanja, tiada
tabarruj dalam pemakaian dan tinggalkan perkara
yang syubhat.

"Sesunggunhnya yang halal itu jelas,
dan yang haram itu jelas, dan diantara
keduanya ada perkara-perkara syubhat.
Kebanyakkan manusia tidak mengetahuinya.

Barangsiapa yang menjaga diri dari perkara
syubhat tersebut, maka dia telah menjaga
agamanya dan kehormatannya dan barangsiapa
yang jatuh dalam perkara syubhat, maka dia
jatuh kepada hal yang haram..."
(HR Bukhari dan Muslim, dari Nu'man bin Basyir)

Wahai anakku,
Contohilah Rasululah SAw di dalam berkeluarga.
Baginda adalah contoh teladan terbaik.

Allah SWT berfirman dalam surah al-Ahzan
(maksudnya):

"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh
teladan yang baik untuk kamu".
(TS al-Ahzab:21)

Dan didalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh
Aishah ra ada dinyatakan:

"Adalah akhlaknya (Rasulullah SAW) sebagai akhlak
al-Quran"
(HR Muslim)

Wahai anakku,
Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda
(dari Ali ra);
"...3 perkara jangan engkau tangguhkan,
solat apabila tiba waktunya, mayat apabila
telah sampai, bujang apabila ditemukan sekufunya..."
(HR Tirmizi)

Firman Allah SWT:
"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan
perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang
yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan
perempuan.

Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan
kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah
Maha Luas (rahmatNya dna limpah kurniaNya),
lagi Maha mengetahui."

Dan orang-orang yang tidak mampu menikah hendaklah
menjaga kesuciannya, sehingga Allah memampukan
mereka dengan kurniaNya..."
(TS An-Nur : 32 dan 33)

 

SURAT UNTUK BAKAL IMAM KU...



 SURAT UNTUK BAKAL IMAM KU...


Untuk bakal imamku, bakal pemaisuri hatimu ini mungkin seorang yang degil, ganas, kasar, manja, mengada, dan sebagainya. bersabarlah. tabahlah.

Andai ana adalah tulang rusukmu yang telah hilang

Ana berharap
Jika nanti Allah mempertemukan kita
Kau akan selalu membimbingku
Agar ana menjadi wanita yang solehah
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga
Kerana ana ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat

Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku
Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat
Iaitu anak yang soleh dan solehah
Yang boleh menjunjung tinggi Agama Allah

Andai engkau ditakdirkan untukku
Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku
Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita
Kau boleh mencintai ana apa adanya
Dan boleh menyikapi kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan

Dan andai ana salah
Tegurlah ana dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan
Andai ana marah
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu
Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan
Andai ana lupa
Ingatkanlah ana dengan penuh kasih sayang
Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita

Kerana
Ana hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku
Yang bisa selalu membawa ana ke jalan yang diredhaiNya
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu.

Insya Allah. Amin Amin. Hanya ini mintaku.


 P/S : Dekatkan hati kami dengan orang yang dekat denganMu ya Allah.

Wanita Islam

Insya Allah - Daku Mahu Menjadi Wanita Solehah
Wanita Isteri & Ibu Solehah Lelaki soleh & wanita solehah Untukmu
Calon Imamku yang Tertulis Di Lauhul Mahfudz

  
Harapan Muslimah buat Mujahid Rahsianya

Harapan muslimah buat bakal zauj yang dirahsiakan Allah :

Wahai seseorang yang telah tertulis dalam lauhul mahfudz, imam ku dan ayah dari anak-anakku,
engkau yang akan bersama melalui perjalananku nanti...

Ana percaya kau sedang memperbaiki dirimu, melayakkan dirimu untuk menjadi imam bagi tulang
rusukmu dan buah hatimu kelak.

Ana percaya kau sedang menempah dirimu dalam beribu dugaan dengan meletakkankan dirimu sendiri
pada medan dakwah dan masalah ummah... Mencampakkan jauh egomu, membaktikan dirimu untuk ummah.

Ana percaya kau sedang mengkaji, kau sedang belajar, belajar ilmu dunia dan ilmu akhirat,
yang akan kau gunakan dalam mendidikku dan buah hati kita nanti.

Ana percaya Al-Qur'an selalu ada dalam hatimu, selalu terucap dari bibirmu dan zikir selalu
terlafaz menemani langkah jihadmu.

Ana percaya kau sedang menundukkan pandanganmu, menjaga hatimu dan mencampakkan hawa nafsumu.

Ana percaya kau sudah merancang hidupmu, hidup kita, keluarga kita, nantinya juga untuk dakwah,
untuk ummat, dan hanya keranaNya.

Aku percaya, kau sedang melayakkan diri dan terus memperbaiki diri disana, di belahan bumi
manapun kau berada.

Dan harapan wanita kepada dirinya sendiri :

Ana pun begitu .

Ana sedang belajar, belajar menempah diri, menjauhkan egoku demi ummah, membaktikan diriku
untuk orang lain,agar baktiku padamu juga sempurna.

Ana sedang belajar, meniti dakwahku, meniti cita-cita duniaku, meniti cita-cita akhiratku,
agar kelak keluarga islami dan keluarga Qur’ani yang ana inginkan nanti dapat kubangun bersamamu..
Kerana kau tahu? Meskipun kau imamku, ibu adalah madrasah pertama bagi mujahidah kecilnya nanti.

Ana sedang belajar menjaga diri, menjaga pandangan dan hatiku, agar ketika kau memiliki hati ini,
hati ini masih utuh sempurna hanya untukmu.

Ana sedang menempah diri, untuk menjadi seorang Khadijah untukmu, yang menjadi tempatmu mengadu resah..
Seseorang yang kau datang padanya, saat kau tak tahu lagi akan datang pada siapa.. Seseorang yang
menguatkanmu dan menggenggam selalu tanganmu dalam perjalanan jihadmu.

Ana pun ingin menjadi ‘Aisyahmu, seorang yang membuatmu tersenyum dan kembali ceria saat penatmu
mulai datang, seorang yang menyerap ilmu darimu dengan sempurna dan membenarkan apa-apa yang salah
dalam lakumu, seseorang yang mencintaimu dengan cemburunya, namun kau rasakan sakitnya, saat ia
tersakiti, hingga kau katakan pada yang lain “Janganlah kau sakiti aku dengan cara menyakti ‘Aisyah”.

Ana ingin menjadi Fatimah, yang tak kau bagi cintamu pada yang lain.. Bukan kerana ana tak percaya
kau tidak dapat berlaku adil, tapi kerana ana ingin mencintaimu dengan sempurna, tanpa diganggu
oleh cemburuku, itu saja.

Tak kalah lagi, ana ingin menjadi seperti Hajar, yang tak gentar saat kau tinggalkan di padang pasir
tandus dengan seorang bayi dipelukan. Tak takut akan kehilanganmu, kerana keyakinanku pada
Rabbku lebih besar daripada yakinku padamu, cintaku padamu tak akan mengalahkan cintaku pada Rabbku.
Usahaku ini tidak mudah , begitupun usahamu. Ku yakin itu, maka tetaplah dalam jihadmu. Tetaplah
dalam usahamu. Tetaplah dalam ikthiarmu. Ana yakin kau kuat disana, dan doakanlah agar ana juga kuat
di sini dalam jihad dan ikhtiarku, bawalah ana dalam tiap doa dan sujudmu, ku mohon kerana doa yang
dapat menolongku hingga saatnya, kita bertemu dalam ikatan suci menyempurnakan separuh deen dan kita
akan melanjutkan jihad kita bersama dan nanti, terimalah ana apa adanya jika ana belum dapat menjadi
Khadijahmu, ‘Aisyahmu atau bahkan menjadi seperti Hajar tetapi bimbinglah ana menjadi seperti mereka
dan kita bimbing bersama mujahid muda kita nanti untuk melanjutkan perjuangan dakwah ini..

Khas untukmu yang ada disana, kuatlah. Dan bersabarlah, bawalah ana dalam doa dan sujudmu,
agar cinta kita nanti, hanya keranaNya. Aamiin...




Resepi Perkahwinan Bahagia




  

 Doa Untukmu Wahai "adam" Ku...???

  

Cinta



Sahabat A : Wah.. cerianya kamu ! selalu tersenyum.
Apa yang membuatkan kau gembira ?

Sahabat B : (malu..) Saya sudah ada kekasih !

Sahabat A : Wah ! siapa kekasih mu ? Patut lah gembira
saja. Siapakah dia ?
...
Sahabat B : Petang tadi, saya pergi dating. Sekejap lagi,
saya nak pergi dating lagi.

Sahabat A : Amboi ! berapa kali kamu dating ni ? tak elok
dating2 ni... bukankah bercouple itu haram ?

Sahabat B : 5 kali saya dating ! saya tak pernah rasa jemu.
Malah bertambah bahagia. Hati saya hanya utk dia.

Shbt A : Siapa ??

Shbt B : ALLAH :)


  

دوه سورانغ ككاسيه


Ya Allah Keluarkan ana dari kegelapan ragu-ragu kurniai ana dengan sinaran kefahaman bukakanlah pintu ilmu dan hiasilah ana dengan akhlak yang baik dan kasih sayang Ya Allah Sinarilah hatiku dengan cahaya hidayahMu seperti Engkau menerangi bumi dan langit dengan rahmatMu ya Allah Yang Maha Kasih Sayang -Doa Seorang Kekasih-


Baitul Muslimku

Allahu Rabbi ku minta izin

Bila suatu saat ku jatuh cinta

Jangan biar cinta untuk-Mu berkurang

Hingga membuat lalai akan adanya Engkau

Allahu Rabbi

Ku punya pinta

Bila suatu saat ku jatuh cinta

Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tak terbatas

Biar rasaku pada-Mu tetap utuh

Allahu Rabbi

Izinkanlah bila suatu saat ku jatuh cinta

Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan kasih-Mu

dan membuatkanku semakin mengagumi-Mu

Allahu Rabbi

Bila suatu saat ku jatuh hati

Pertemukanlah kami

Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu

Allahu Rabbi

Pintaku terakhir adalah seandainya ku jatuh hati

Anugerahkanlah ku cinta-Mu

Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu... 


Indahnya Bercinta Selepas Nikah

Wahai Calon Suami ku....
Aku bukanlah wanita sempurna....
Ku harap keiklasanmu untuk dapat menerima & memaklumi semua kekuranga Fisik & Sifat ku

Wahai Calon Suami ku....
Aku akan terus berusaha & belajar menyesuaikan diri ku dengan mu

Wahai Calon Suami ku....
Bimbinglah aku, agar dapat menjadi Istri Soleha
Yang dapat selalu menenagkan hati di setiap hari mu
Bimbinglah aku, agar dapat menjadi Ibu Penyayang & Penyabar bagi anak-anak kita kelak

Wahai Calon Suami ku....
Semoga Allah akan selalu memmbantu kita mewujudkan keluarga SaMaRa dalam Ridha, Petunjuk serta Kasih dan Sayang Nya, Amiin

Amin Ya Rabbal Alamin


Diam itu lebih baik.. Jadi, ana mengambil peluang untuk berkongsi serba sedikit tentang cinta dan bagi ana, andai kita mencintai seseorang maka, diamkan lah..serahkan segala-galanya kepada ALLAH.

Jika diri mu jatuh cinta..maka diamkan lah...kerana syaitan cuba menyelinap masuk untuk jadikannya cinta bernafsu... jika dirinya, bukan untuk mu, redhailah...kerana ALLAH pasti menyediakan seseorang yang lebih beriman untuk mu...DIAM ITU LEBIH BAIK..

Diam ku...bukan kerana membenci kehadirannya..tetapi ingin menjaga kesuciannya...Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui...

Kita diam bukan bermakna kita membenci sesuatu, tetapi mungkin kita ingin menjadikan ia lebih baik. Pernahkah kita terfikir, jika kita hanyut dalam cinta tanpa ikatan yang sah, ia bakal menjadi satu masalah untuk kita kerana kita sentiasa bergelumang dengan dosa. Apakah yang akan berlaku pada rumahtangga kita? Anak-anak kita?

Adakah kalian masih ingat tentang kisah cinta antara Saidina Ali & Saiditina Fatimah Az-Zahra? Kedua-dua mereka menyimpan perasaan antara satu sama lain, tetapi mereka lebih memilih untuk mendiamkan hal ini dari pengetahuan orang lain. Dengan izin, ALLAH s.w.t, mereka berdua telah di satukan dengan ikatan yang sah.

"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu."

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)...

Ramai yang berkata, kalau kita diam, macam mana si dia nak tahu, tentang perasaan, kita?.Ingat, setiap apa yang berlaku di dunia ini, semuanya telah di aturkan oleh ALLAH s.w.t. Jangan risau jika mereka tidak tahu tentang perasaan kalian, tapi risaulah andai diri mu, tidak berupaya untuk menepis dan mengawal perasaan tersebut terhadap seseorang yang tidak halal bagi diri mu.

Jika benar cinta itu karena Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah karena hakikatnya ia berhulu dari Allah maka ia pun berhilir hanya kepada Allah...

Tapi, ingatlah…Cinta ALLAH, adalah Cinta yang kekal abadi.. Kejarlah cinta ALLAH dahulu kerana kita pasti tidak akan kecewa andai kita berjaya mencintai ALLAH dengan sepenuh hati. Bagaimana kita hendak mencintai seseorang andai kita tidak berusaha untuk kenal dan cintai Sang Penciptanya.

Banyak lagi tugas kita di dunia ini terhadap agama kita. Jangan di sebabkan terlalu mengejar cinta manusia, tugas sebagai seorang pendakwah juga kita tidak peduli. Jangan terlalu asyik dengan kehidupan dunia kerana itu hanyalah sementara. Utamakan akhirat, kerana ia akan kekal abadi. Jika betul-betul sudah bersedia maka kahwinlah..

Post ini adalah untuk peringatan bersama terutamanya untuk diri ini. Semoga kita semua sentiasa di lindungi oleh ALLAH. Jangan pernah kecewa jika kita pernah putus cinta tapi jadikan ia sebagai pengajaran dalam hidup kita. Berusahalah untuk menjadi hamba yang sempurna di pandangan ALLAH bukan di pandangan manusia.


MUSLIMIN YANG BAIK



Muslimin yang baik tidak melihat paras rupa ^_^

Muslimin yang soleh tidak memilih wanita yang terdedah auratnya ^_^

Muslimin yang warak tidak memilih wanita melalui keayuaanya dan kemanjaannya ^_^

Serta kemampuan menggoncang iman mereka ^_^

Tapi muslimin yang baik menilai wanita melalui akhlaknya ^_^










Ayuh Berhijrah Wahai Muslimah Ku Sayang



Jadi wanita solehah yang dicemburui bidadari syurga..!!

♥ Menutup aurat ♥
* Aurat bagi wanita adalah keseluruh anggota badan kecuali
muka dan tapak tangan.

♥ Tidak berpakaian jarang dan ketat ♥
* Berpakaian jarang dan ketat masih lagi mempamerkan
anggota badan. Ia bukan etika berpakaian dalam Islam.

♥ Tidak berpakaian dan berkelakuan seperti lelaki ♥
* Adalah dilarang sama sekali meniru gaya kaum adam
sama ada dalam berpakaian, pertuturan dan lain-lain.

♥ Tidak berpakaian yang melambangkan kaum atau agama
lain ♥
* Adalah dilarang sama sekali meniru gaya kaum atau
agama lain seperti Kristian dan sebagainya.

♥ Tiada israf dan berikhtiyal dalam berpakaian ♥
* Iaitu tidak berlebih-lebihan dan berbangga-bangga
dalam berpakaian.

♥ Menjaga batas pergaulan ♥
* Menjaga pandangan mata, tidak bergaul bebas dan
berdua-duaan sesama yang bukan muhrim.

Mula Ayunkan Langkahmu...!!!

Menjadi RATU HATI yang dicari-cari..


 (Dating bersama kak rohaya nor di masjid saidina Ali ketika ceramah Ustaz Kazim Elias)


PERCAYALAH!!!


* tak semua perkara kita boleh kongsi dan bercerita pada orang lain.
* tak semua perkara yg kita cerita akan di simpan oleh orang lain.
* tak semua perkara yang kita sampaikan akan di pahami oleh orang lain.
* tak semua perkara yang kita terangkan akan di mengerti oleh orang lain.

tapi dengan Allah, Allah tahu segala²nya.. jadi jangan malu² untuk mengadu kat Allah sebelum mengadu dengan ciptaan-Nya. insyallah, Allah sentiasa ada jawapan untuk persoalan kita.

AIR MATA ITU

Jika air mata itu dapat menyelamatkan kita dari api neraka..mengapa tidak kita menangis kerana menyesali akan perbuatan kita dan seterusnya bertaubat?

Jika air mata itu dapat menyelamatkan kita dari api neraka..mengapa tidak kita menangis memohon keampunan dari Allah SWT?

Jika air mata itu dapat menyelamatkan kita dari api neraka..
menangislah kita semahunya kerana takutkan Allah..

bukan kerana manusia...;)

ingatlah ! Allah sentiasa mendengar setiap rintihan kita..walaupun tidak kita zahirkan ! ;)

wallahu'alam..




 ♫♥ 5 Pesanan Buat Mu Wahai DIRI ♫♥


1. Jika engkau bertemu dengan orang yang LEBIH PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENIMBA ILMU.
2. Jika engkau bertemu dengan orang yang SAMA PANDAI, itulah waktu untuk engkau BERKONGSI ILMU.
3. Jika engkau bertemu dengan orang yang KURANG PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENYAMPAIKAN ILMU.
4. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA AKHIRAT, itulah waktu engkau TUMPANG SEKAKI.
5. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA DUNIAWI, itulah waktu untuk kau ingat dia tentang ukhrawi,.






MEREKA...akan MENCEMUH...MENGHINA MENGEJEK apabila kita melakukan sesuatu perubahan....

"eh!!sejak bila kamu sudah jadi alim ni???nak dakwah2 orang???"
"alaaaa...dulu kamu pom macam saya jugak ..kaki maksiat..xpayahlah nak tunjuk warak"

sabarlah sahabat2...kenapa kita nak TERKESAN dengan kata2 manusia..dan merasa lemah apabila manusia tidak mahu bersama dengan kita..???sedangkan....PENCIPTA bagi manusia BERSAMA dengan kita??teruskanlah dakwah kalian...janganlah rasa LEMAH.

 ~Muhasabah Diriku~

Sahabat Sejati

SAHABAT::♥

ALLAH SWT tahu apa yang terbaik bagi kita. Jadi mengapa kita harus mengeluh. Kita selalu ingin matahari bersinar tapi Dia tahu harus ada hujan.

Kita selalu ingin tertawa dan keceriaan yang menghibur. Namun hati kita akan kehilangan kelembutannya jika kita tidak pernah menitiskan air mata.

ALLAH SWT sering menguji kita dengan penderitaan dan kesedihan. Dia menguji kita bukan untuk menghukum kita namun untuk membantu kita menjumpai hari esok.

Seperti pohon tumbuh makin kuat jika pohon itu dapat menahan badai dan seperti ketajaman pahat memberikan keanggunan dan bentuk ukiran.

ALLAH SWT sering menguji kita dan untuk setiap penderitaan, Dia memberi kita yang diikuti oleh RahmatNya yang melimpah asalkan kita sabar.



Jadi, setiap kali kita menemui kesusahan dan penderitaan semuanya tidak harus kita keluh kesahkan , itu hanya cara ALLAH SWT untuk membuat jiwa kita jadi kuat.

(◕ ‿ ◕) BE POSITIVE. ALWAYS SMILE!!!





Isnin, 30 September 2013

10 TOKOH IDOLA MUSLIMAH ^_^

Siti Aminah Binti Abdul Wahab
^_^ Ketabahan dan kekuatan emosi ^_^

Siti Khadijah Binti Khuwailid
^_^ Usahawan Dermawan ^_^

Siti Aisyah Binti Abu Bakar
^_^ Jelitawan Ilmuwan ^_^

Siti Hajar
^_^ Kepatuhan Dan Ketabahan ^_^

Siti Sarah
^_^ Pengorbanan Dan Keredaan ^_^

Fatimah az-Zahrah Binti Muhammad
^_^ Tawaduk Dan Zuhud ^_^

Siti Zulaikha
^_^ Kasih Sayang Daripada Allah Dan Kerana Allah ^_^

Asma' Binti Abu Bakar
^_^ Keberanian Dan Ketakwaan ^_^

Asiah Binti Muzahim
^_^ Keutuhan Keimanan ^_^

Siti Rahmah
^_^ Kesetiaan Abadi ^_^

Isnin, 6 Mei 2013

Duhai Suamiku....

♥ Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ♥

✽ WAHAI UKHTY ✽

❥ Jika sudah bersuami nanti..
Janganlah engkau merasa berat hati ..
Kalau hanya untuk sekedar mencuci pakaian suami..

❥ Jika sudah bersuami nanti..
Janganlah engkau merasa terbebani ..
Kalau hanya untuk sekedar menyediakan sarapan buat suami..

❥ Jika sudah bersuami nanti..
Janganlah engkau merasa sungkan diri ..
Kalau hanya untuk sekedar memasangkan kaos kaki suami..

❥ Jika sudah bersuami nanti..
Janganlah engkau merasa kelu lidah..
Kalau hanya untuk sekedar mendoakan suami saat bekerja..

❥ Jika sudah bersuami nanti..
Janganlah engkau merasa pelit ..
Kalau hanya untuk sekedar tersenyum menyambut kepulangan suami dari kerja..

❥ Jika sudah bersuami nanti..
Janganlah engkau merasa rendah diri..
Kalau hanya untuk sekedar mencium tangan suami..

❥ Dan jika sudah bersuami nanti..
Janganlah engkau merasa risih ..
Kalau hanya untuk sekedar merias diri untuk suami..

❥ Karena..
Di situlah sebenarnya ladang-ladang pahala tersembunyi yang bisa digali..
Di situlah sebenarnya jalan bagi Ukhti untuk menjadi seorang bidadari..

❥ Insya ALLAH..

❥ Semoga Bermanfaat.. (◡‿◡✿)




Sabtu, 4 Mei 2013

Kisah Ibu/Ummi Menangis

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya,

... “Mengapa ibu menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata,

"Dan kau tak akan pernah mengerti" Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,

"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita suka menangis. Akhirnya ia mendapat petunjuk dari Tuhan, Antara bisikan yang didengarinya adalah:

1. "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

2. "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

3. "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

4. "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

5. "Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

6. "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu "

7. "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan walaupun kadangkala dia tidak memerlukannya."

Tahukah kamu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya – tempat dimana cinta itu ada."

Belai ibu/Ummi dengan kasih sayang

Insan yang paling mulia bagi setiap manusia selepas Nabi Muhammad SAW adalah ibu. Mulianya mereka bukan sahaja kerana ibulah yang mengandung, melahir, menyusukan kita tetapi juga kerana ketabahan mereka mendidik dan mengasuh anak-anak sehingga dewasa.

Sebab itu, Nabi SAW dalam suatu peristiwa ditanya oleh seorang lelaki sebagaimana hadis bermaksud: Ya Rasulullah! Siapakah yang lebih berhak saya berbuat baik? Jawab Rasulullah SAW: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi: Kemudian siapa lagi? Ujar Baginda: Ibumu. Lelaki itu bertanya sekali lagi: Kemudian siapa lagi? Jawab Baginda: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi: Siapa lagi? Baginda menjawab: Bapamu. (muttafaqun alaih)

Malah, dalam sebuah hadis lain dinyatakan: �Reda Allah bergantung pada reda dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa�. (riwayat al-Hakim)

Hargai Ummi Dan Abimu / Hargai Ibu Dan Ayahmu

saat kelapangan..jangan lupakan mereka..
saat bahagia....kongsikan kegembiraanmu dengan keduanya..
saat jauh hubungilah keduanya selalu..
... saat dekat dengan mereka..berbaktilah sehabis daya kepada keduanya.
saat kita mendoakan untuk diri kita,kehidupan kita...iringilah doa untuk mereka...
sayangilah mereka..kasihi mereka..jangan sakiti hati dan perasaan keduanya...
kerana disisi ibunda terdapat sifat penyayang..di sisi ayahanda..ada sifat kasih...
yang tak pernah pudar ..sejak kita dalam kandungan sehingga dilahirkan~dibesarkan~dididik dan diasuh tanpa kenal erti jemu dan pengorbanan yg dicurahkan sehabis daya & berpenat lelah untuk kita....moga Allah rahmati keduanya dan satukan kita semua sampai syurga!!!~kerana syurga...terindah!!!

Khamis, 14 Februari 2013

Jumaat Yang Barakah....

Bismillah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah, pagi jumaat yang barakah... <3

Bersyukur ke hadrat Ilahi, malam tadi, ana keluar jalan-jalan, makan kat luar, first time memakai purdah ketika makan, pada mulanya ummi ana risau, bolehkah ana makan ketika memakai purdah

ana kata, insyallah boleh, alhamdulillah, THANK YOU ALLAH, kerana ana tahu dengan istiqamah dalam memakainya, alhamdulillah mudah untuk ana makan, malah ana suruh abg ana duduk sebelah ana, sampai orang fikir tu suami ana...alahai =_=", senyum :)

alhamdulillah, sahabat doakan ana agar dapat istiqamah ya, berbalik pada cerita tentang makan, ada seorang lelaki dan ntahlah, x pasti status mereka berdua, dah lah tidak tutup aurat langsung wanita tu, sempat dia suruh pakwe./suami ntahlah status apa, untuk ambil gambar ana, dalam hati, "ana tak relakan gambar ana diambil,  semoga Allah memberimu hidayah".

Kenapa engkau sembunyi2 mengambil gambar niqabis,
Adakah engkau merasakan dia redha andai kau mengambil gambarnya secara senyap2?

Kenapa wanita yg tidak menutup aurat, boleh engkau meminta kebenarannya?

ana tahu, pasti ada sesetengah niqabis pernah alami seperti ana, ketika makan, ada orang lain sembunyi2 ambil gambar kita...

p/s : semoga Allah memberimu hidayah, bak kata abg Mohammad Zainey Roslan
*Jom Jadi Baik !!! Tabarakallah

Selasa, 12 Februari 2013

Kini, ku sudah berpurdah...

Bismillah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Lihat tajuk semua pasti tertanya-tanya, apa yang ana tulis, huhu

Alhamdulillah, 12/2/2013, ana telah mendapat kebenaran keluarga untuk berpurdah. Ana gembira sangat-sangat, berkat kesabaran dan doa, Allah telah makbulkan, cuma cepat atau lambat sahaja, alhamdullilah, Thank You Allah...

Di facebook, ana melihat ramai post pasal niqab, purdah, kebaikan nya, dan lain-lain, ana ambil kata-kata mereka itu, terus simpan di hati insyallah, semoga ana istiqamah dalam memakainya. Tapi ana melihat sedara ana memandang ana seperti tidak senang hati. hrmm. ujian, insyallah, ana tahu Allah Maha Mengetahui, insyallah

Pagi yang barakah, ayah ana cakap, nak pakai purdah, pakailah, kami tak melarang. Dah habis tu, tiba-tiba ayah ana kata, pasal "KAHWIN", adess, izinkan ana sambung belajar dahulu hehe ^^

dalam hati (mcm dalam lampu hijau ja) hehe, dah2, ku tidak mahu memikirkannya, insyallah ada jodoh pasti berkahwin jua diri ini. tiba-tiba cakap pasal kahwin pulak, hehe, tukar topik :D

wanita berpurdah ada 2 senyuman iaitu di bibirnya dan di matanya ^_^, sejak berpurdah, rasa "SAFE" daripada lelaki, malu tu ya Allah makin makin makin bertambahhh :)

kepada yang belum berpurdah insyallah, bersabarlah dan selalu berdoa, insyallah Allah Maha Mengetahui, pasti Allah akan makbulkan, cepat atau lambat sahaja, insyallah :)

 ~ PURDAH - JILBAB - AURAT - SEKSI - FITNAH ~

● ada yang bertanya ..
● WAJAH wanita bukanlah aurat ..
● jadi mengapa perlu DITUTUP ??

● jawapannya ..
● apabila wajahmu yg BUKAN AURAT itu menjadi AURAT ..
● maka TUTUPLAH ..

● tapi bagaimana WAJAH boleh menjadi AURAT ??
● apabila ia mengundang kepada FITNAH ..

● bagaimana wajah boleh mgundang FITNAH ??
● apabila KECANTIKAN parasmu mjadi HAYALAN ramai jejaka ..
● apabila KEAYUAN wajahmu menjadikan jejaka MEMUJAMU ..
● maka disitu BERNIQABLAH ..

● ingat wahai wanita ..
● tidak perlu mdedahkan aurat bg menaikkan syahwat lelaki ..
● bahkan perlu MENUTUP semuanya ..

● kerana cukup dengan SATU SENYUMAN ..
● hati lelaki akan TERPIKAT ..
● jadi WASPADALAH wahai wanita ..
● jadilah kamu seindah PERHIASAN duniawi ..

WANITA SOLEHAH LEBIH BAIK DARI BIDADARI ..



Daripada ehem ~ Mujahed Kamal...


insyallah tak ada apa2 lagi nak kata, insyallah, doakan agar ana dapat istiqamah dalam memakainya, insyallah 


Bak kata Abg Mohammad Zainey Roslan   : Jom Jadi Baik !!! Tabarakallah




Jumaat, 8 Februari 2013

LELAKI MURAH ATAU MAHAL KAH KAMU?

LELAKI MURAH pada MATANYA,
Ketika dia MEMANDANG WANITA semaunya.

LELAKI MURAH pada TANGANNYA,
Apabila dia MEMEGANG WANITA sebebasnya.

LELAKI MURAH pada HATINYA,
Apabila dia MEMBAYANGKAN WANITA sewaktu tidurnya.

Tapi...

HEBATNYA lelaki itu,
Apabila dia berhasil MEMAHALKAN WANITA,
Hanya melalui MENIKAHINYA,
MENGAJARKANNYA ILMU AGAMA DAN MENDIDIK AKHLAKNYA.



Selasa, 8 Januari 2013

^_^ Cinta Dalam Islam ^_^

Ya Aziz...
Jika Cinta Adalah
Ketertawanan
Tawanlah Ana Dengan
Cinta Kepada-Mu

Agar Tidak Ada
Lagi Yang Dapat
Menawanku Selain
Engkau

Ya Rohim...
Jika Cinta Adalah
Pengorbanan
Tumbuhkan Niat Dari
Semua Pengorbananku

Semata-mata Tulus
Untuk-Mu
Agar Ana Ikhlas
Menerima Apapun
Keputusan-Mu

Ya Robbii...
Tika Rindu Adalah Rasa
Sakit...
Yang Tidak Menemukan
Muaranya...

Penuhilah Rasa Sakitku
Dengan Rindu Kepada-Mu
Dan Jadikan Kematianku
Sebagai
Muara Pertemuanku Dengan-Mu

Ya Robbii...
Jika Sayang Adalah
Sesuatu Yang
Mempesona
Ikatlah Ana Dengan
Pesona-Mu

Agar Damai Senantiasa
Kurasakan
Saat Terucap Syukurku
Atas Nikmat Dari-Mu

Ya Allah...
Jika Kasih Adalah
Kebahagian
Yang Tidak Bertepi

Tumbuhkan Kebahagiaan
Dalam Hidupku
Di saat ku persembahkan
Sesuatu Untuk-Mu

Ya Allah...
Hatiku Hanya
Cukup Untuk Satu
Cinta...

Jika Ana Tak Dapat
Mengisinya Dengan
Cinta Kepada-Mu
Kemanakah Wajahku
Hendak Ku sembunyikan
Dari-Mu

Ya Ar-Rahman...
Dunia Yang Engkau
Bentangkan Begitu Luas
Bagai Belantara Yang Tak
Dapat Ku tembus

Di Malam Yang
Gelap Gelita
Agar Tidak Tersesat
Dalam
Menapakinya

Hamba Sedar Semua Ini
Milikmu Dan Suatu Saat
Jika Kau Kehendaki
Semuanya Akan Kembali
Jua Kepada-Mu

Hamba Pasrahkan
Kehidupan Hamba
Kepada-Mu