Zaujah Orang Ler

Zaujah Orang Ler

Isnin, 11 November 2013

JARAK INI MENJAGA ANA DAN DIA


Ana semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukum ana..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA ana dan dia..

✿~ Dengan ‘JARAK’ ini ana dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini ana dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini ana dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini ana dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua ana dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, ana dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

  

Hanya Tuhan Yang Tahu  Ana tidak berharap untuk menjadi orang yang terpenting dalam hidupmu kerana itu merupakan permintaan yang terlalu besar bagiku... Ana hanya berharap suatu saat nanti jika kau melihatku... Kau akan tersenyum dan berkata... "Dialah orang yang selalu menyayangiku...


Carilah LELAKI yang selalu mengingatkan dirimu untuk MENGAJI,
♡ Bukan LELAKI yang selalu mengajak mu SMS TIAP-TIAP HARI
...
Carilah LELAKI yang selalu mengingatkan mu tentang MENUTUP AURAT,
♡Bukan LELAKI yang hanya tahu nak MENGURAT

Carilah LELAKI yang boleh mengajar mu MENGHORMATI ORANG TUA,
♡Kerana disitu letaknya pintu SYURGA:')





CINTA ADAM DAN HAWA



Cinta,
Andai tepat masa,
Andai kena tempatnya,
Andai sesuai orangnya,
Cinta itu punya kuasa
yang luar biasa hebatnya.

Wahai Adam,
Hati Hawa ini rapuh,
Mudah tersentuh,
Senang cinta terjatuh.

Wahai Adam,
Jika belum bersedia,
Jangan cuba menyentuhnya,
Kelak sukar untuk melepaskannya.

Kadang-kadang ia berlaku tanpa kita sedar.

★ ♥ ◆ ☆ ❤ ★ ♥ ◆ ☆ ❤ ★ ♥ ◆ ☆ ❤ ★ ♥ ◆ ☆ ❤ ★ ♥ ◆ ☆ ❤

Wahai Hawa,
Peliharalah dirimu,
Jagalah auratmu,
Kawal tutur katamu,
Taatilah agamamu,
Moga bertemu Adam yang sesuai bagimu.

Jika benar cinta itu kerana ALLAH SWT,
Maka biarlah ia mengalir mengikut aliranNya
Kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH SWT
Maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH SWT

“Dan segala sesuatu
Kami ciptakan berpasang-pasangan
Supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH SWT”
(Adz Dzariyat: 49)

★ ♥ ◆ ☆ ❤ ★ ♥ ◆ ☆ ❤ ★ ♥ ◆ ☆ ❤ ★ ♥ ◆ ☆ ❤ ★ ♥ ◆ ☆ ❤

Wahai Hawa,
Kejarlah citra pesona Muslimah
Mengapa terikut Barat?
Islam itu sudah sempurna
Janganlah abaikan ia...

Dunia kini kelam,
Gelap gelita,
Mujur ada satu cahaya,
Berjalan anggun,
Sopan, aurat terjaga,
Bersama senyuman menawan,
Itulah pesona Muslimah sejati...

- SEKADAR PERKONGSIAN BERSAMA -


♥ CINTA DAN DAKWAH ♥





Lelaki yang beragama takkan sewenang-wenangnya meng’invite’ seorang perempuan beragama untuk menjadi pasangan ‘couple’nya. ^_^

Perempuan yang beragama pula takkan sewenang-wenangnya meng’accept’ seorang lelaki beragama untuk menjadi pasangan ‘couple’nya. ^_^

♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥
♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥

Tetapi..

Lelaki yang beragama akan terus malamar seorang perempuan beragama yang memikat kalbunya melalui ibu bapa untuk dijadikan pasangan hidupnya.. ^_^,

Perempuan yang beragama pula akan bersetuju untuk menerima lamaran istimewa daripada seorang lelaki beragama yang telah memaut jiwa nuraninya untuk dipimpin menuju ke Syurga.. ^_^,

Alangkah indah jika cinta yang disemai atas kerana-Nya..
Tingkah laku cinta juga atas dasar batas-batas agama-Nya..
Bertemu cinta dalam usrah dan halaqah..
Untuk sama-sama menyebarkan dakwah di jalan fisabilillah..

♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥
♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥ ♥~♥

Moga-moga, kita bertemu jodoh di atas jalan dakwah.. ^_^

Percayalah..
Cinta Itu Indah..
Bila Berlandaskan Al-Quran Dan As-Sunnah..
Bila Tujuannya Kerana Allah..
Bila Matlamatnya Syurga Yang Barakah.. ^_^,

I Ñ S Y Ä Å L L Ä H


CINTA BERMULA DENGAN AQIDAH (IMAN)




Ramai yang tercari-cari
cinta sejati untuk kekal
abadi, saling sayang
menyayangi sampai kemati
dan tak pernah
putus berdoa moga dapat
yang soleh/solehah???

Tetapi berapa ramai yang
berusaha untuk soleh/solehahkan
diri itu, untuk menggapai impian
memiliki calon soleh/solehah?

Jika kita berusaha menjadi soleh/
solehah insyaAllah, pasti akan
muncul impian dihati iaitu "Memiliki
cinta soleh solehah kekal"

Ingat JADI SOLEH/SOLEHAH
bukan cari SOLEH/SOLEHAH.
Yakinlah janji Allah
melalui firman-Nya: "...dan
wanita-wanita yang baik
untuk lelaki-lelaki yang
baik..." (An-Nur:26)

Iman mestilah dijadikan
persoalan teras dan asas dalam
sebuah keluarga. Ini sewajarnya
menjadi dorongan utama untuk
berumah tangga.

Tujuan berumah tangga
hendaklah hendaklah difokuskan
semata-mata untuk mendapat
keredhaan Allah.

Oleh kerana itulah
Rasulullah SAW
berpesan bahawa pilihlah
pasangan hidup dibuat
atas dasar kepatuhan agama.

Sesiapa yang mematuhi
pesanan Rasulullah SAW ini
secara automatik telah
menjadikan iman 'akidah'
sebagai dasar rumahtanggannya.

Dia telah meletakkan
kepentingan Allah dan Rasul
mengatasi kepentingan diri.

Mungkin dia sendiri inginkan
calon yang cantik @ kacak dan
berharta tetapi kerana patuhkan
Rasulullah SAW itu dia memilih
pasangan yang taat pada agama.

Mendirikan rumah tangga sering
disamakan dengan mendirikan masjid.

Masjid adalah "rumah" Allah,
maka begitulah juga rumah tangga
yang dibina atas nama Allah, ia
umpama sebuah masjid yang didalamnya
suami, isteri dan anak-anak akan
menegakkan hukum Allah.

"Nampak tak disini perlunya
cinta bermula Akidah?"

Ok cuba kita renung lagi,

Jika berlaku sesuatu yang
kusut dalam rumah tangga,
maka dengan mudah ia dapat
diungkai kerana suami dan
isteri akan merujuk kembali
kepangkal penyatuan mereka
iaitu ALLAH.

Dengan nama Allah
mereka bertemu "kahwin",
maka kepada Allah jualah
mereka merujuk segala
masalah sepanjang
berumah tangga.

Jika berlaku ujian kesusahan
atau yang tidak diingini, sikap
menyalahkan orang lain kurang
berlaku kerana masing-masing melihat
kelemahan diri sendiri sebelum
menunding jari kepada orang lain
sebaliknya berusaha mengatasi mengikut
kaedah dan jalan yang diredhai.

Sifat-sifat BURUK dapat
diatasi keparas paling minimum
bukan hanya untuk dapat keredhaan
suami isteri tapi masing-masing
buat kerana Allah.

Misalnya, isteri mampu mentaati suami
walaupun ketaatannya mungkin tidak
dihargai tapi isteri berbuat
demikian bukan mengharap balasan suami
tetapi semata-mata kerana Allah.

Adakah jaminan cara ini
lebih cepat memiliki insan Solehah?
Maksud disini bukan bererti CEPAT,
tapi mungkin lebih TEPAT kerana
cara begini ada banyak kelebihannya...

Iman umpama bulan
menerangi kegelapan

Iman ibarat bintang
menghiasi langit malam

Iman menerangi hati kita
Bak mentari terangi siang

Iman menghiasi hati kita
Yang dahulu kekosongan

Semoga tercapai impian bina
SINARMAWADDAH
"sinar kasih sayang"
keluarga bahagia itu.
Aminnn....


  

PENANTIAN....

Bismillah

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Lembut wanita kerana senyumannya
Cekal wanita kerana beraninya
Patuh wanita kerana kesetiaannya
Sabar wanita kerana imannya
Kasih wanita kerana belaianya
Lemah wanita kerana air matanya
Ikhlas wanita kerana simpatinya
Pendam wanita kerana cemburunya
Sayang wanita kerana sikap keibuannya
Tanpa wanita lelaki menjadi lemah
Kerana wanita jugalah lelaki menjadi kalah...

Lelaki acuan al-Quran
Basah lidahnya mengingat Tuhan
Tunduk pandangannya
Penuh kesederhanaan

Lelaki acuan al-Quran
Lembut tuturnya dalam ketakwaan
Quran dan sunnah jadi panduan
Akhlak nabi jadi ikutan

Lelaki acuan al-Quran
Hidup matinya kerana Tuhan

Penantian adalah satu ujian
Tetapkanlah ku selalu dalam harapan

Kerana keimanan tak hanya diucapkan
Adalah ketabahan menghadapi cubaan

Permulaan SABAR adalah pahit tetapi MANIS akhirnya...

Sabarkanlah ku
Menanti pasangan hati

Tuluskan ku sambut
Sepenuh jiwa ini

Didalam asa diri
Menjemput berkahMu

Tibalah izinMu
Atas harapan ini

Rabbi
Teguhkanlah ku di penantian ini
Berikanlah cahaya terangMu selalu

Rabbi
Doa dan upaya hambaMu ini
Hanyalah bersandar semata kepadaMu...

Ya Allah, jika ana jatuh cinta,
cintakanlah ana pada seseorang
yang melabuhkan cintanya padamu,
agar bertambah kekuatanku
untuk menyintaiMu...

Ya Muhaimin, jika ana jatuh cinta,
izinkanlah ana menyentuh hati
seseorang yang hatinya tertaut
padaMu, agar tidak terjatuh ana
kedalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana, jika ana jatuh cinta
jagalah hati ana padanya,
agar tidak berpaling
daripada hatiMu...

Ya Allah...
Jika dia benar untukku...
dekatkanlah hatinya
dengan hatiku...
Jika dia bukan milikku,
damaikanlah hatiku
dengan ketentuan-Mu...

Cintakan pada BUNGA
kan layu akhirnya
Cinta pada YANG ESA
kekal buat selamanya

Rabbi
Redhailah penantian ku ini
Hadirkanlah ketenteraman
didalam hati

Rabbi
Hanya padaMu lah
doaku ini
Duhai tempat mengadu
Segala resah diri
 

(Gambar time ambe form 5 di SMK BUKIT KATIL MELAKA, ada kem LAMBAIAN KASIH)
 

PANDUAN CARI PASANGAN

Kenapa wanita itu dikahwini?

"Wanita itu dikahwini kerana 4 perkara:
kerana kecantikannya, hartanya, keturunannya
dan agamanya.

Hendaklah kamu memilih
yang taat beragama,
nescaya kamu beruntung."
(HR Bukhari dan Muslim)

Tidak pula Nabi SAW lupa,
bagi wanita dikenakan dua
syarat dalam memilih pasangannya.

"Apabila datang kepadamu seorang lelaki
datang untuk meminang yang engkau redha
terhadap agama dan akhlaknya.
Maka nikahilah dia.
Bila tidak engkau lakukan, maka akan terjadi
fitnha di muka bumi dan akan timbul
kerosakan yang merata di muka bumi"
(HR Tarmidzi dan Ahmad)

Wahai ummiku,
Bagaimana cara hendak kenali seseorang itu
beragama?

Wahai anakku,
Lihatlah pada pengetahuan fardhu ain nya...

Menurut Imam al-Ghazali ilmu fardhu ain
terbahagi kepada dua selain berhubung cara
pelaksanaan ibadah-ibadah wajib seperti solat,
puasa, zakat, haji dan sebagainya. Ia juga
berhubung cara menghilangkan sifat yang tercela
didalam hati seperti rasa tamak, dengki, riak,
ujub dan sebagainya.

Dan menurutnya " Tidak mungkin dapat menghilangkannya
melainkan dengan mengetahui batas-batasnya, sebab-
sebabnya, tanda-tandanya dan cara mengubatinya."

Wahai ummiku,
Apakah nilai seorang wanita itu terletak pada
mahar (belanja) yang tinggi?

Wahai anakku,
Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Sebaik-baik pemberian mahar adalah yang
paling memudahkan."
(HR Hakim)

Dan Nabi SAW bersabda:
"Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah
yang sederhana belanjanya."
(HR Ahmad)

Tapi ibu, kenapa wanita itu meletakkan nilai
yang tinggi pada mahar mereka?
Itu kerana mereka merasa diri mereka itu
berstatus dan berkedudukan?

Wahai anakku,
Pernahkah kamu mendengar kisah Ummu Sulaim,
pemilik mahar paling indah?

Berkata Ummu Sulaim:
"Demi Allah, tidak mungkin seorang seperti
dirimu wahai Abu Thalhah, akan ditolak
lamarannya. Tetapi engkau laki-laki kafir,
sedang aku muslimah. Tidak halal bagiku untuk
menikahi denganmu. Tetapi jika engkau masuk
Islam, maka itulah maharku dan aku tidak akan
meminta kepadamu selain itu."
(HR an-Nasa'i)

Wahai anakku,
Teladanilah Fatimah az-Zahra puteri kesayangan
Nabi Muhammad SAW yang maharnya hanya sekadar
hasil gadaian dari baju besi.

Inilah yang dimaksudkan Nabi SAW dalam sabdanya:
"Sebaik-baik mas kahwin ialah yang lebih rendah."
(HR Abu Daud)

Wahai ummiku,
Apakah perlu untuk bersanding?

Wahai anakku,
Tidak perlulah kamu bersanding kerana itu budaya
hindu.

Jemputlah orang yang bertaqwa,
anak-anak yatim, janda serta fakir
miskin (orang yang sukar mendapat
makanan) untuk mendatangi jamuan
pernikahan dan mulaikanlah tetamu
yang hadir kerana itulah sunnah,
bukannya menjadi 'Raja Sehari'

Berkata Ali bin Abi Thalib ketika diminta oleh
Rasulullah SAW tentang mangkuk, madu dan sehelai
rambut...

"Tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik
ini. Menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan
membuat tamu senang sampai kembali pulang ke
rumahnya adalah lebih sulit dari meniti sehelai
rambut."

Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang beriman pada Allah dan hari
kemudian hendaklah ia berkata baik atau berdiam,
Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari
kemudian, hendaklah ia memuliakan jirannya dan
hendaklah ia muliakan tamunya."
(HR Bukhari dan Muslim)

Wahai anakku,
Asingkanlah tempat duduk lelaki dan wanita dalam
majlis kerana Allah SWT berpesan kepada kita
supaya saling menundukkan pandangan dan menjaga
kehormatan.

Jauhilah ikhtilat lelaki dan wanita yang sering
wujud dalam majlis-majlis perkahwinan dan
bersederhanalah kamu dalam berbelanja, tiada
tabarruj dalam pemakaian dan tinggalkan perkara
yang syubhat.

"Sesunggunhnya yang halal itu jelas,
dan yang haram itu jelas, dan diantara
keduanya ada perkara-perkara syubhat.
Kebanyakkan manusia tidak mengetahuinya.

Barangsiapa yang menjaga diri dari perkara
syubhat tersebut, maka dia telah menjaga
agamanya dan kehormatannya dan barangsiapa
yang jatuh dalam perkara syubhat, maka dia
jatuh kepada hal yang haram..."
(HR Bukhari dan Muslim, dari Nu'man bin Basyir)

Wahai anakku,
Contohilah Rasululah SAw di dalam berkeluarga.
Baginda adalah contoh teladan terbaik.

Allah SWT berfirman dalam surah al-Ahzan
(maksudnya):

"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh
teladan yang baik untuk kamu".
(TS al-Ahzab:21)

Dan didalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh
Aishah ra ada dinyatakan:

"Adalah akhlaknya (Rasulullah SAW) sebagai akhlak
al-Quran"
(HR Muslim)

Wahai anakku,
Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda
(dari Ali ra);
"...3 perkara jangan engkau tangguhkan,
solat apabila tiba waktunya, mayat apabila
telah sampai, bujang apabila ditemukan sekufunya..."
(HR Tirmizi)

Firman Allah SWT:
"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan
perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang
yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan
perempuan.

Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan
kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah
Maha Luas (rahmatNya dna limpah kurniaNya),
lagi Maha mengetahui."

Dan orang-orang yang tidak mampu menikah hendaklah
menjaga kesuciannya, sehingga Allah memampukan
mereka dengan kurniaNya..."
(TS An-Nur : 32 dan 33)

 

SURAT UNTUK BAKAL IMAM KU...



 SURAT UNTUK BAKAL IMAM KU...


Untuk bakal imamku, bakal pemaisuri hatimu ini mungkin seorang yang degil, ganas, kasar, manja, mengada, dan sebagainya. bersabarlah. tabahlah.

Andai ana adalah tulang rusukmu yang telah hilang

Ana berharap
Jika nanti Allah mempertemukan kita
Kau akan selalu membimbingku
Agar ana menjadi wanita yang solehah
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga
Kerana ana ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat

Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku
Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat
Iaitu anak yang soleh dan solehah
Yang boleh menjunjung tinggi Agama Allah

Andai engkau ditakdirkan untukku
Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku
Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita
Kau boleh mencintai ana apa adanya
Dan boleh menyikapi kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan

Dan andai ana salah
Tegurlah ana dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan
Andai ana marah
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu
Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan
Andai ana lupa
Ingatkanlah ana dengan penuh kasih sayang
Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita

Kerana
Ana hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku
Yang bisa selalu membawa ana ke jalan yang diredhaiNya
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu.

Insya Allah. Amin Amin. Hanya ini mintaku.


 P/S : Dekatkan hati kami dengan orang yang dekat denganMu ya Allah.