Zaujah Orang Ler

Zaujah Orang Ler

Sabtu, 4 Mei 2013

Belai ibu/Ummi dengan kasih sayang

Insan yang paling mulia bagi setiap manusia selepas Nabi Muhammad SAW adalah ibu. Mulianya mereka bukan sahaja kerana ibulah yang mengandung, melahir, menyusukan kita tetapi juga kerana ketabahan mereka mendidik dan mengasuh anak-anak sehingga dewasa.

Sebab itu, Nabi SAW dalam suatu peristiwa ditanya oleh seorang lelaki sebagaimana hadis bermaksud: Ya Rasulullah! Siapakah yang lebih berhak saya berbuat baik? Jawab Rasulullah SAW: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi: Kemudian siapa lagi? Ujar Baginda: Ibumu. Lelaki itu bertanya sekali lagi: Kemudian siapa lagi? Jawab Baginda: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi: Siapa lagi? Baginda menjawab: Bapamu. (muttafaqun alaih)

Malah, dalam sebuah hadis lain dinyatakan: �Reda Allah bergantung pada reda dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa�. (riwayat al-Hakim)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan