Zaujah Orang Ler

Zaujah Orang Ler

Isnin, 2 Julai 2012

KERANA CINTA


 Cinta itu
Cahaya sanubari
Kurniaan Tuhan
Fitrah Insani
Dan di mana
Terciptanya cinta
Di situ rindu bermula

Cinta itu
Tidak pernah meminta
Tetapi memberi sepenuh rela
Rasa bahagia biarpun sengsara
Berkorban segala-gala

Semua kerana cinta
Yang pahit manis dirasa
Menghibur nestapa merawat luka
Damai dijiwa

Terpadam api benci permusuhan
Terjalinlah kasih sayang

Begitulah cinta yang diidamkan
Tanpa nafsu yang mencemarkan

Dan jangan pula
Kerana bercinta
Kita pun leka
Entah kemana

Dan jangan pula
Kerana bercinta
Tergadai semua
Maruah agama

Cinta yang sejati hanya
Cintakan Ilahi

Cinta ayah bonda
tulus suci selamanya

Cintakan saudara
Masa berasa hanya sementara

Cinta sesama insan
Suburkan dengan ketaqwaan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan