Zaujah Orang Ler

Zaujah Orang Ler

Selasa, 3 Julai 2012

Wahai Lelaki Termasukkah Kau Di Dalam Senarai Ini:

1) Taat kepada Allah dan Rasul-Nya.

2) Mempunyai ilmu pengetahuan agama. Berhemah tinggi dan cermat.

3) Dapat melayan isteri dengan baik kerana sebaik-baik suami ialah yang bersikap baik kepada isterinya.

4) Mempunyai sifat berjuang untuk mencapai kejayaan dalam hidup.

5) Sentiasa tenang dan waspada.

6) Selalu bertaubat dan membanyakkan amalan-amalan sunat.

7) Tidak mengharapkan pujian dan balasan tertentu jika melakukan sesuatu untuk isteri.

8) Tidak takut kepada cercaan orang yang suka mengumpat dan mencela dan sentiasa melindungi diri dan keluarga agar tak menjadi bahan kejian.

 9) Mengetahui dan faham serta mengamalkan kewajipan dengan baik.

10) Bersifat lapang dada dan penyantun serta pemaaf tetapi biarlah kena pada tempatnya.

11) Bersifat pelindung dan bertanggungjawab.

12) Bersifat tegas tetapi lemah-lembut dan penyayang.

13) Berpendirian teguh.

14) Bersifat terbuka dan matang.

15) Bertimbang rasa dan memahami jiwa wanita.

16) Mempunyai sifat kepimpinan.

17) Boleh berbincang dan berterus-terang.

18) Penyabar.

19) Mempunyai perancangan dan matlamat hidup yang jelas.

20) Cerdik dan bijaksana.

 21) Peramah dan mesra.

22) Kerjaya yang terjamin tak semestinya kaya.

23) Berwawasan untuk kesejahteraan dunia dan akhirat.

24) Sentiasalah bersikap romantik walaupun telah lama berkahwin.

25) Jangan cakap kasar dan panas baran tak tentu pasal.

26) Menghormati isteri dan jangan membiarkan isteri sendirian ketika sakit atau memerlukan pertolongan.

27) Jaga penampilan agar tidak selekeh semasa berada dirumah.

28) Hindari sikap malas dan berkerjasama ketika isteri melakukan kerja rumah.

29) Jangan terlalu merungut dan membanding-bandingkan isteri dengan wanita lain.

30) Sayangilah orang yang sentiasa mengambil berat tentang anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan