Zaujah Orang Ler

Zaujah Orang Ler

Isnin, 11 November 2013

CINTA BERMULA DENGAN AQIDAH (IMAN)




Ramai yang tercari-cari
cinta sejati untuk kekal
abadi, saling sayang
menyayangi sampai kemati
dan tak pernah
putus berdoa moga dapat
yang soleh/solehah???

Tetapi berapa ramai yang
berusaha untuk soleh/solehahkan
diri itu, untuk menggapai impian
memiliki calon soleh/solehah?

Jika kita berusaha menjadi soleh/
solehah insyaAllah, pasti akan
muncul impian dihati iaitu "Memiliki
cinta soleh solehah kekal"

Ingat JADI SOLEH/SOLEHAH
bukan cari SOLEH/SOLEHAH.
Yakinlah janji Allah
melalui firman-Nya: "...dan
wanita-wanita yang baik
untuk lelaki-lelaki yang
baik..." (An-Nur:26)

Iman mestilah dijadikan
persoalan teras dan asas dalam
sebuah keluarga. Ini sewajarnya
menjadi dorongan utama untuk
berumah tangga.

Tujuan berumah tangga
hendaklah hendaklah difokuskan
semata-mata untuk mendapat
keredhaan Allah.

Oleh kerana itulah
Rasulullah SAW
berpesan bahawa pilihlah
pasangan hidup dibuat
atas dasar kepatuhan agama.

Sesiapa yang mematuhi
pesanan Rasulullah SAW ini
secara automatik telah
menjadikan iman 'akidah'
sebagai dasar rumahtanggannya.

Dia telah meletakkan
kepentingan Allah dan Rasul
mengatasi kepentingan diri.

Mungkin dia sendiri inginkan
calon yang cantik @ kacak dan
berharta tetapi kerana patuhkan
Rasulullah SAW itu dia memilih
pasangan yang taat pada agama.

Mendirikan rumah tangga sering
disamakan dengan mendirikan masjid.

Masjid adalah "rumah" Allah,
maka begitulah juga rumah tangga
yang dibina atas nama Allah, ia
umpama sebuah masjid yang didalamnya
suami, isteri dan anak-anak akan
menegakkan hukum Allah.

"Nampak tak disini perlunya
cinta bermula Akidah?"

Ok cuba kita renung lagi,

Jika berlaku sesuatu yang
kusut dalam rumah tangga,
maka dengan mudah ia dapat
diungkai kerana suami dan
isteri akan merujuk kembali
kepangkal penyatuan mereka
iaitu ALLAH.

Dengan nama Allah
mereka bertemu "kahwin",
maka kepada Allah jualah
mereka merujuk segala
masalah sepanjang
berumah tangga.

Jika berlaku ujian kesusahan
atau yang tidak diingini, sikap
menyalahkan orang lain kurang
berlaku kerana masing-masing melihat
kelemahan diri sendiri sebelum
menunding jari kepada orang lain
sebaliknya berusaha mengatasi mengikut
kaedah dan jalan yang diredhai.

Sifat-sifat BURUK dapat
diatasi keparas paling minimum
bukan hanya untuk dapat keredhaan
suami isteri tapi masing-masing
buat kerana Allah.

Misalnya, isteri mampu mentaati suami
walaupun ketaatannya mungkin tidak
dihargai tapi isteri berbuat
demikian bukan mengharap balasan suami
tetapi semata-mata kerana Allah.

Adakah jaminan cara ini
lebih cepat memiliki insan Solehah?
Maksud disini bukan bererti CEPAT,
tapi mungkin lebih TEPAT kerana
cara begini ada banyak kelebihannya...

Iman umpama bulan
menerangi kegelapan

Iman ibarat bintang
menghiasi langit malam

Iman menerangi hati kita
Bak mentari terangi siang

Iman menghiasi hati kita
Yang dahulu kekosongan

Semoga tercapai impian bina
SINARMAWADDAH
"sinar kasih sayang"
keluarga bahagia itu.
Aminnn....


  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan