Zaujah Orang Ler

Zaujah Orang Ler

Isnin, 11 November 2013

PANDUAN CARI PASANGAN

Kenapa wanita itu dikahwini?

"Wanita itu dikahwini kerana 4 perkara:
kerana kecantikannya, hartanya, keturunannya
dan agamanya.

Hendaklah kamu memilih
yang taat beragama,
nescaya kamu beruntung."
(HR Bukhari dan Muslim)

Tidak pula Nabi SAW lupa,
bagi wanita dikenakan dua
syarat dalam memilih pasangannya.

"Apabila datang kepadamu seorang lelaki
datang untuk meminang yang engkau redha
terhadap agama dan akhlaknya.
Maka nikahilah dia.
Bila tidak engkau lakukan, maka akan terjadi
fitnha di muka bumi dan akan timbul
kerosakan yang merata di muka bumi"
(HR Tarmidzi dan Ahmad)

Wahai ummiku,
Bagaimana cara hendak kenali seseorang itu
beragama?

Wahai anakku,
Lihatlah pada pengetahuan fardhu ain nya...

Menurut Imam al-Ghazali ilmu fardhu ain
terbahagi kepada dua selain berhubung cara
pelaksanaan ibadah-ibadah wajib seperti solat,
puasa, zakat, haji dan sebagainya. Ia juga
berhubung cara menghilangkan sifat yang tercela
didalam hati seperti rasa tamak, dengki, riak,
ujub dan sebagainya.

Dan menurutnya " Tidak mungkin dapat menghilangkannya
melainkan dengan mengetahui batas-batasnya, sebab-
sebabnya, tanda-tandanya dan cara mengubatinya."

Wahai ummiku,
Apakah nilai seorang wanita itu terletak pada
mahar (belanja) yang tinggi?

Wahai anakku,
Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Sebaik-baik pemberian mahar adalah yang
paling memudahkan."
(HR Hakim)

Dan Nabi SAW bersabda:
"Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah
yang sederhana belanjanya."
(HR Ahmad)

Tapi ibu, kenapa wanita itu meletakkan nilai
yang tinggi pada mahar mereka?
Itu kerana mereka merasa diri mereka itu
berstatus dan berkedudukan?

Wahai anakku,
Pernahkah kamu mendengar kisah Ummu Sulaim,
pemilik mahar paling indah?

Berkata Ummu Sulaim:
"Demi Allah, tidak mungkin seorang seperti
dirimu wahai Abu Thalhah, akan ditolak
lamarannya. Tetapi engkau laki-laki kafir,
sedang aku muslimah. Tidak halal bagiku untuk
menikahi denganmu. Tetapi jika engkau masuk
Islam, maka itulah maharku dan aku tidak akan
meminta kepadamu selain itu."
(HR an-Nasa'i)

Wahai anakku,
Teladanilah Fatimah az-Zahra puteri kesayangan
Nabi Muhammad SAW yang maharnya hanya sekadar
hasil gadaian dari baju besi.

Inilah yang dimaksudkan Nabi SAW dalam sabdanya:
"Sebaik-baik mas kahwin ialah yang lebih rendah."
(HR Abu Daud)

Wahai ummiku,
Apakah perlu untuk bersanding?

Wahai anakku,
Tidak perlulah kamu bersanding kerana itu budaya
hindu.

Jemputlah orang yang bertaqwa,
anak-anak yatim, janda serta fakir
miskin (orang yang sukar mendapat
makanan) untuk mendatangi jamuan
pernikahan dan mulaikanlah tetamu
yang hadir kerana itulah sunnah,
bukannya menjadi 'Raja Sehari'

Berkata Ali bin Abi Thalib ketika diminta oleh
Rasulullah SAW tentang mangkuk, madu dan sehelai
rambut...

"Tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik
ini. Menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan
membuat tamu senang sampai kembali pulang ke
rumahnya adalah lebih sulit dari meniti sehelai
rambut."

Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang beriman pada Allah dan hari
kemudian hendaklah ia berkata baik atau berdiam,
Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari
kemudian, hendaklah ia memuliakan jirannya dan
hendaklah ia muliakan tamunya."
(HR Bukhari dan Muslim)

Wahai anakku,
Asingkanlah tempat duduk lelaki dan wanita dalam
majlis kerana Allah SWT berpesan kepada kita
supaya saling menundukkan pandangan dan menjaga
kehormatan.

Jauhilah ikhtilat lelaki dan wanita yang sering
wujud dalam majlis-majlis perkahwinan dan
bersederhanalah kamu dalam berbelanja, tiada
tabarruj dalam pemakaian dan tinggalkan perkara
yang syubhat.

"Sesunggunhnya yang halal itu jelas,
dan yang haram itu jelas, dan diantara
keduanya ada perkara-perkara syubhat.
Kebanyakkan manusia tidak mengetahuinya.

Barangsiapa yang menjaga diri dari perkara
syubhat tersebut, maka dia telah menjaga
agamanya dan kehormatannya dan barangsiapa
yang jatuh dalam perkara syubhat, maka dia
jatuh kepada hal yang haram..."
(HR Bukhari dan Muslim, dari Nu'man bin Basyir)

Wahai anakku,
Contohilah Rasululah SAw di dalam berkeluarga.
Baginda adalah contoh teladan terbaik.

Allah SWT berfirman dalam surah al-Ahzan
(maksudnya):

"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh
teladan yang baik untuk kamu".
(TS al-Ahzab:21)

Dan didalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh
Aishah ra ada dinyatakan:

"Adalah akhlaknya (Rasulullah SAW) sebagai akhlak
al-Quran"
(HR Muslim)

Wahai anakku,
Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda
(dari Ali ra);
"...3 perkara jangan engkau tangguhkan,
solat apabila tiba waktunya, mayat apabila
telah sampai, bujang apabila ditemukan sekufunya..."
(HR Tirmizi)

Firman Allah SWT:
"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan
perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang
yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan
perempuan.

Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan
kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah
Maha Luas (rahmatNya dna limpah kurniaNya),
lagi Maha mengetahui."

Dan orang-orang yang tidak mampu menikah hendaklah
menjaga kesuciannya, sehingga Allah memampukan
mereka dengan kurniaNya..."
(TS An-Nur : 32 dan 33)

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan