Zaujah Orang Ler

Zaujah Orang Ler

Isnin, 11 November 2013

PENANTIAN....

Bismillah

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Lembut wanita kerana senyumannya
Cekal wanita kerana beraninya
Patuh wanita kerana kesetiaannya
Sabar wanita kerana imannya
Kasih wanita kerana belaianya
Lemah wanita kerana air matanya
Ikhlas wanita kerana simpatinya
Pendam wanita kerana cemburunya
Sayang wanita kerana sikap keibuannya
Tanpa wanita lelaki menjadi lemah
Kerana wanita jugalah lelaki menjadi kalah...

Lelaki acuan al-Quran
Basah lidahnya mengingat Tuhan
Tunduk pandangannya
Penuh kesederhanaan

Lelaki acuan al-Quran
Lembut tuturnya dalam ketakwaan
Quran dan sunnah jadi panduan
Akhlak nabi jadi ikutan

Lelaki acuan al-Quran
Hidup matinya kerana Tuhan

Penantian adalah satu ujian
Tetapkanlah ku selalu dalam harapan

Kerana keimanan tak hanya diucapkan
Adalah ketabahan menghadapi cubaan

Permulaan SABAR adalah pahit tetapi MANIS akhirnya...

Sabarkanlah ku
Menanti pasangan hati

Tuluskan ku sambut
Sepenuh jiwa ini

Didalam asa diri
Menjemput berkahMu

Tibalah izinMu
Atas harapan ini

Rabbi
Teguhkanlah ku di penantian ini
Berikanlah cahaya terangMu selalu

Rabbi
Doa dan upaya hambaMu ini
Hanyalah bersandar semata kepadaMu...

Ya Allah, jika ana jatuh cinta,
cintakanlah ana pada seseorang
yang melabuhkan cintanya padamu,
agar bertambah kekuatanku
untuk menyintaiMu...

Ya Muhaimin, jika ana jatuh cinta,
izinkanlah ana menyentuh hati
seseorang yang hatinya tertaut
padaMu, agar tidak terjatuh ana
kedalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana, jika ana jatuh cinta
jagalah hati ana padanya,
agar tidak berpaling
daripada hatiMu...

Ya Allah...
Jika dia benar untukku...
dekatkanlah hatinya
dengan hatiku...
Jika dia bukan milikku,
damaikanlah hatiku
dengan ketentuan-Mu...

Cintakan pada BUNGA
kan layu akhirnya
Cinta pada YANG ESA
kekal buat selamanya

Rabbi
Redhailah penantian ku ini
Hadirkanlah ketenteraman
didalam hati

Rabbi
Hanya padaMu lah
doaku ini
Duhai tempat mengadu
Segala resah diri
 

(Gambar time ambe form 5 di SMK BUKIT KATIL MELAKA, ada kem LAMBAIAN KASIH)
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan