Zaujah Orang Ler

Zaujah Orang Ler

Isnin, 11 November 2013

Ayuh Berhijrah Wahai Muslimah Ku Sayang



Jadi wanita solehah yang dicemburui bidadari syurga..!!

♥ Menutup aurat ♥
* Aurat bagi wanita adalah keseluruh anggota badan kecuali
muka dan tapak tangan.

♥ Tidak berpakaian jarang dan ketat ♥
* Berpakaian jarang dan ketat masih lagi mempamerkan
anggota badan. Ia bukan etika berpakaian dalam Islam.

♥ Tidak berpakaian dan berkelakuan seperti lelaki ♥
* Adalah dilarang sama sekali meniru gaya kaum adam
sama ada dalam berpakaian, pertuturan dan lain-lain.

♥ Tidak berpakaian yang melambangkan kaum atau agama
lain ♥
* Adalah dilarang sama sekali meniru gaya kaum atau
agama lain seperti Kristian dan sebagainya.

♥ Tiada israf dan berikhtiyal dalam berpakaian ♥
* Iaitu tidak berlebih-lebihan dan berbangga-bangga
dalam berpakaian.

♥ Menjaga batas pergaulan ♥
* Menjaga pandangan mata, tidak bergaul bebas dan
berdua-duaan sesama yang bukan muhrim.

Mula Ayunkan Langkahmu...!!!

Menjadi RATU HATI yang dicari-cari..


 (Dating bersama kak rohaya nor di masjid saidina Ali ketika ceramah Ustaz Kazim Elias)


PERCAYALAH!!!


* tak semua perkara kita boleh kongsi dan bercerita pada orang lain.
* tak semua perkara yg kita cerita akan di simpan oleh orang lain.
* tak semua perkara yang kita sampaikan akan di pahami oleh orang lain.
* tak semua perkara yang kita terangkan akan di mengerti oleh orang lain.

tapi dengan Allah, Allah tahu segala²nya.. jadi jangan malu² untuk mengadu kat Allah sebelum mengadu dengan ciptaan-Nya. insyallah, Allah sentiasa ada jawapan untuk persoalan kita.

AIR MATA ITU

Jika air mata itu dapat menyelamatkan kita dari api neraka..mengapa tidak kita menangis kerana menyesali akan perbuatan kita dan seterusnya bertaubat?

Jika air mata itu dapat menyelamatkan kita dari api neraka..mengapa tidak kita menangis memohon keampunan dari Allah SWT?

Jika air mata itu dapat menyelamatkan kita dari api neraka..
menangislah kita semahunya kerana takutkan Allah..

bukan kerana manusia...;)

ingatlah ! Allah sentiasa mendengar setiap rintihan kita..walaupun tidak kita zahirkan ! ;)

wallahu'alam..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan