Wahai Calon Suami ku....
Aku bukanlah wanita sempurna....
Ku harap keiklasanmu untuk dapat menerima & memaklumi semua kekuranga Fisik & Sifat ku
Wahai Calon Suami ku....
Aku akan terus berusaha & belajar menyesuaikan diri ku dengan mu
Wahai Calon Suami ku....
Bimbinglah aku, agar dapat menjadi Istri Soleha
Yang dapat selalu menenagkan hati di setiap hari mu
Bimbinglah aku, agar dapat menjadi Ibu Penyayang & Penyabar bagi anak-anak kita kelak
Wahai Calon Suami ku....
Semoga Allah akan selalu memmbantu kita mewujudkan keluarga SaMaRa dalam Ridha, Petunjuk serta Kasih dan Sayang Nya, Amiin
Diam
itu lebih baik.. Jadi, ana mengambil peluang untuk berkongsi serba
sedikit tentang cinta dan bagi ana, andai kita mencintai seseorang
maka, diamkan lah..serahkan segala-galanya kepada ALLAH.
Jika
diri mu jatuh cinta..maka diamkan lah...kerana syaitan cuba
menyelinap masuk untuk jadikannya cinta bernafsu... jika dirinya,
bukan untuk mu, redhailah...kerana ALLAH pasti menyediakan seseorang
yang lebih beriman untuk mu...DIAM ITU LEBIH BAIK..
Diam ku...bukan kerana membenci kehadirannya..tetapi ingin menjaga kesuciannya...Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui...
Kita
diam bukan bermakna kita membenci sesuatu, tetapi mungkin kita ingin
menjadikan ia lebih baik. Pernahkah kita terfikir, jika kita hanyut
dalam cinta tanpa ikatan yang sah, ia bakal menjadi satu masalah
untuk kita kerana kita sentiasa bergelumang dengan dosa. Apakah yang
akan berlaku pada rumahtangga kita? Anak-anak kita?
Adakah
kalian masih ingat tentang kisah cinta antara Saidina Ali &
Saiditina Fatimah Az-Zahra? Kedua-dua mereka menyimpan perasaan antara
satu sama lain, tetapi mereka lebih memilih untuk mendiamkan hal ini
dari pengetahuan orang lain. Dengan izin, ALLAH s.w.t, mereka berdua
telah di satukan dengan ikatan yang sah.
"Dinikahi
wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya,
kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya.
Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)...
Ramai
yang berkata, kalau kita diam, macam mana si dia nak tahu, tentang
perasaan, kita?.Ingat, setiap apa yang berlaku di dunia ini, semuanya
telah di aturkan oleh ALLAH s.w.t. Jangan risau jika mereka tidak
tahu tentang perasaan kalian, tapi risaulah andai diri mu, tidak
berupaya untuk menepis dan mengawal perasaan tersebut terhadap
seseorang yang tidak halal bagi diri mu.
Jika
benar cinta itu karena Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikuti
aliran Allah karena hakikatnya ia berhulu dari Allah maka ia pun
berhilir hanya kepada Allah...
Tapi,
ingatlah…Cinta ALLAH, adalah Cinta yang kekal abadi.. Kejarlah cinta
ALLAH dahulu kerana kita pasti tidak akan kecewa andai kita berjaya
mencintai ALLAH dengan sepenuh hati. Bagaimana kita hendak mencintai
seseorang andai kita tidak berusaha untuk kenal dan cintai Sang
Penciptanya.
Banyak
lagi tugas kita di dunia ini terhadap agama kita. Jangan di sebabkan
terlalu mengejar cinta manusia, tugas sebagai seorang pendakwah juga
kita tidak peduli. Jangan terlalu asyik dengan kehidupan dunia
kerana itu hanyalah sementara. Utamakan akhirat, kerana ia akan kekal
abadi. Jika betul-betul sudah bersedia maka kahwinlah..
Post
ini adalah untuk peringatan bersama terutamanya untuk diri ini.
Semoga kita semua sentiasa di lindungi oleh ALLAH. Jangan pernah
kecewa jika kita pernah putus cinta tapi jadikan ia sebagai pengajaran
dalam hidup kita. Berusahalah untuk menjadi hamba yang sempurna di
pandangan ALLAH bukan di pandangan manusia.
semua orang yakin dengan kewujudan Allah s.w.t tapi tahap keyakinan itu yang berbeza..ramai yang tak mampu nak yakin yang telah ditetapkan baginya pasangannya..
BalasPadamgembiranya cinta selepas nikah
BalasPadamInfo selanjutnya disini --> http://bit.ly/cintaselepasnikahbestseller